Friday

Perisik Emirates dan Persatuan Palang Merah.

Persatuan Bulan Sabit Merah UAE ke Gaza dihantar untuk melakukan risikan terhadap pejuang di Palestin



Menurut sumber primer di Gaza, beberapa sumber media telah menyatakan bahawa salah satu kumpulan pejuang Palestin telah mengesahkan bahawa seorang anggota dari team delegasi Pesatuan Bulan Sabit Merah UAE adalah merupakan seorang perisik, dan tertuduh telah mengaku berkenaan kerjanya di bawah Lembaga Keselamatan UAE.

Sumber(identitinya disembunyikan) menyebut bahawa perkara ini disyaki seorang warganegara UAE yang menyertai misi delegasi bulan sabit merah, beliau telah ditahan dan disoalsiasat, lalu beliau mengakui cubaannya untuk merisik maklumat berkenaan lokasi pelancara roket yang ditembak ke arah kumpulan penjajah Israel.

Kini kumpulan pejuang Palestin telah pun membebaskan pegawai UAE tersebut dan seluruh delegasi Bulan Sabit Merah itu telah diminta untuk segera meninggalkan Gaza.
Sumber juga menyebut bahawa pembebasan pegawai dan keseluruhan delegasi tersebut adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis diplomasi, yang boleh mengakibatkan perhatian teralih daripada penderitaan warga Gaza terhadap pengeboman dahsyat yang dilakukan penjajah Zionis.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini telah melarang kemasukan mana-mana misi perubatan luar dan bantuan kemanusiaan ke dalam Tebing Gaza melalui laluan darat Mesir namun yang menimbulkan kesangsian adalah mereka membenarkan bagi Bulan Sabit Merah UAE untuk memasuki Gaza melalui sempadannya.

Selepas beberapa jam kemasukan Delegasi UAE, khabar angin berkenaan keterlibatan pegawai dari perisikan dalam kalangan ahli delegasi telah tersebar terutamanya selepas seorang ahli perubatan tersebut bertanyakan tentang tempat-tempat roket dilepaskan, dengan alasan tanpa maklumat ini ia akan menghalang kerja-kerja kebajikan mereka, kerana tempat ia dilepaskan itu adalah daripada kawasan perumahan -sebagaimana yang dinyatakan oleh saksi daripada penduduk Gaza sendiri.
Berita ini telah tersebar luas di laman sosial selepas pengguna twitter mengguna pakai hashtag
(الهلال_الأحمر_الإماراتي_يتجسس_على_غزة) maksudnya Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza.


Sebahagian tweet menyebut berkenaan saksi bahawa soalan-soalan daripada delegasi UAE itu memang menimbulkan kesangsian, namun ada sebahagian tweet yang menyebut bahawa delegasi itu telah meninggalkan Gaza tanpa sebarang syarat.
Ketua editor bagi majalah العرب القطرية عبدالله العذبة dalam twitternya menyebut;
"Perumpamaan Bulan Sabit Merah UAE yang dihantar oleh Abu Dhabi melalui generalnya di Gaza adalah seperti ular yang mengeluarkan ikan daripada laut kemudian mengatakan bahawa "aku menyelamatkannya daripada lemas""


@halameer78 pula menyebut dalam tweetnya;
"Jika UAE datang membantu mereka kata UAE perisik...jika UAE tidak datang membantu mereka kata pula sebagai pengkhianat."


Dr Ahmad Nokman @sfin1201 pula menyebut;
"rahsia Hamas sejak mulanya telahpun terbongkar dan telah banyak pengkhianatan di dalamnya, tidak ada keperluan untuk melakukan risikan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa"

Abu Abdur Rahman @K_ALHUSSAIN pula tweet "Jika tersabit dengan bukti kukuh bahawa ‪#‎Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza‬ maka adakah dibolehkan secara undang-undang untuk mendakwa mereka atas dakwaan mereka membawa kebahayaan kepada rakyat Gaza?"
Sumber;
GazaNow