Saturday

Siapa Assad ni? Jahat ke baik dia ni?

 
Mari kenali dia!
Dari dialah lahirnya keturunan puak kuffar di muka bumi ini.
Hafez Al Assad, bapa kepada Bashar Al Assad.
Kami dedahkan & kenalkan kepada anda untuk lebih mengenali. 

 Pemerintahan era Bashar Al Assad.
Ketika Hafez Al Assad ditimpa sakit, tampuk pemerintahan diserahkan kepada saudaranya Rifa'at Assad buat sementara waktu.
Selepas sembuh daripada sakit, Hafez mengambil semula kekuasaan dari tangan Rifa'at Assad kerana dibimbangi Rifa'at akan melakukan rampasan kuasa.

Walaupun pada awalnya Hafez berhasrat menyerahkan kekuasaan kepada anak sulungnya, Bassel Assad iaitu abang kepada Bashar, tetapi perwatakan Bassel agak berbeza dengan Hafez & saudaranya yang lain dari segi meminati tokoh-tokoh agama & lebih cenderung kepada agama.
Berdasarkan watak Bassel yang nyata berbeza dengan pegangan ayah & saudaranya yang lain, maka Hafez merasakan kepentingan parti pemerintah & akidah yang dipeganginya berada dalam bahaya jika pemerintahan diserahkan kepada Bassel, lalu satu komplot dirancang bagi membunuh Bassel & akhirnya Bassel meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 1994 sewaktu beliau dalam perjalanan dari Damaskus menuju bandar al-Mazah.
Sebagai gantinya, Bashar Al Assad pada ketika itu belajar dalam bidang politik bagi menggantikan ayahnya.

Oleh sebab itu, Bashar yang tidak mempunyai pengalaman & kepakaran dalam bidang politik telah memaksa beliau melantik penasihat & pembantunya dari kalangan ahli keluarga.
Antara mereka ialah adik kandungnya, Maher Assad sebagai Ketua Majlis tentera selain adik iparnya, Asif Shaukat & ibunya sendiri, Anisah makhluf.

Sebelum itu, Hafez telah merangka beberapa perancangan untuk menampakkan bahawa Bashar mempunyai kelayakan sebagai pengganti. Antaranya ialah :

Pertama: Hafez Al Assad telah membina sokongan untuk Bashar melalui tentera & pasukan keselamatan.
Oleh sebab itu, Bashar memasuki akademi tentera di Homs utara Damsyik pada tahun 1994 hingga dinaikkan pangkat sebagai kolonel pada Januari 1999.

Kedua: Imej bashar telah dinaikkan & dilobi melalui media massa negara yang banyak mempromosikan kenyataan & tindakan Bashar.

 TAK KENAL, MAKA TAK BENCI!
 
 
SUMBER : FB SYRIA CARE