Tuesday

JANJI ALLAH kepada PALESTIN dan AMARAN untuk ISRAEL(Zionist)

Assalamualaykum wbt,

Tahukah sahabat-sahabat semua Bumi Palestin kini diserang dengan bertubi-tubi oleh Zionist Israel ? Ya, semua anak-anak, wanita dan orang awam tidak berdosa sedang dibom sehingga hancur seorang demi seorang.

Pernah terfikir tak mengapa Mujahiddin Al- Qassam(tentera di Palestin) masih bertahan walaupun bilangannya adalah sangat sedikit dan teknologi mereka tidak se-'advance' Zionist Israel?



Apakah senjata rahsia para Mujahiddin?

Mereka berpegang teguh pada ayat-ayat ALLAH dalam Al-Quran. Mereka berani. Tidak seperti kita,tunduk pada kuasa luar begitu sahaja. Mereka percaya,seperti dalam Surah AL-Israa' :

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampau.(4)

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.(5)

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (6)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.(7)

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia) dan Kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). (8) "


______________________________________________________________

Doakan kemenangan Gaza seterusnya pembebasan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin.

1. Pihak Palestin memulakan serangan kali ini sebagai tindak balas di atas pembunuhan-pembunuhan 'biasa' Zionis ke atas rakyat Palestin termasuk kanak-kanak Abu Khdeir di Tebing Barat, serta rakyat Palestin yang ditangkap kemudian dipenjara dan diseksa.

2. Serangan ini merupakan isyarat bahawa Palestin ...
tidak akan bertoleransi lagi di atas nafsu kebinatangan Yahudi membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa dan menzalimi kehidupan mereka.

3. Intifadhah Ketiga atau dengan nama lain Intifadhah Al-Quds, merupakan kebangkitan seluruh rakyat Palestin. Di Gaza, Briged Al-Qassam sebagai sayap tentera Hamas memimpin serangan. Di Tebing Barat, Hamas turut memimpin kebangkitan rakyat Palestin. Begitu juga di Kem-kem Pelarian Palestin di Lubnan. Mereka berdiri melawan tentera Zionis dengan apa sahaja kekuatan yang mereka ada.

4. Hizbullah, gerakan ketenteraan Syi'ah di Lubnan yang sebelum ini mempunyai krisis ketenteraan dengan Israel dalam perubatan Bukit Golan yang kaya dengan petrol dan cuba dijajah Israel, turut mengambil kesempatan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Israel.

5. Israel kelam-kabut. Amerika Syarikat sebagai sekutu paling kuat Israel akan mula memainkan peranan mereka selepas ini.

6. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, sinar pembebasan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin akan kembali menyerlah.

7. Ayuh, seluruh umat Islam. Jangan ketinggalan dari merebut peluang pahala jihad dengan gandaan pahala di bulan Ramadhan. Gunakan apa jua kemampuan yang ada untuk bersama-sama di dalam pasukan jihad ini. Caranya adalah mendermakan wang yang kita ada bagi membantu pemulihan orang-orang yang tidak berdosa ini. 


Anda boleh menderma di AMAN PALESTIN MALAYSIA :

 Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
 
ataupun melalui AQSA SYARIF BERHAD’ :

Akaun Maybank Islamic : 551575-004299

Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
 

AYUH,menderma sekarang !!!!


Allah matlamat kita!
Rasulullah pemimpin kita!
Al-Quran panduan kita!
Jihad jalan perjuangan kita!
Mati di jalan Allah cita-cita kita yang tertinggi!