Monday

Stigma Masyarakat Terhadap Kanak-kanak atau Orang Kurang Upaya(OKU). WAJIB BACA!

Assalamualaykum wbt,



Sekarang ni tengah hot tentang isu remaja OKU yang dijumpai telah dikurung di sebuah bilik. Ada berita melaporkan ibunya berada dalam kesempitan wang, dan terpaksa menanggung perbelanjaan seisi rumah. Ramai jugak di FB yang share profile ibu remaja OKU ini,mengatakan tahap kehidupan ibunya bukanlah miskin.

Tapi...pernahkah kita terfikir, perkara-perkara seperti mengurung orang OKU, adalah impak daripada stigma masyarakat khususnya masyarakat Melayu yang tidak pegang pada agama?

Sebagai contoh, apabila lahirnya seorang bayi, jika ada kecacatan paras rupa, kita jadi 'tidak selera' dan berbisik-bisik sesame sendiri,dan komen, sehingga ibunya terasa.

Apabila kita menjumpai kanak-kanak OKU atau cacat, kita ejek mereka 'CACAT' kuat-kuat dan memulau orang tersebut. Impaknya, ibu bapa kanak-kanak tersebut akan rasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat dan cuba berpura-pura kelihatan 'sempurna' di mata masyarakat. PERNAH TAK TERFIKIR????

Tak kurang juga ada segelintir masyarakat yang melabelkan orang OKU atau cacat sebagai 'BALA', "SIAL', Petanda buruk bagi sesebuah keluarga. Ini terus membuatkan si ibu atau ayahnya membenci anak tersebut dan bertindak untuk mengurung/ menyiksa anak yang tidak berdosa itu.

APA PUNCANYA?????

YA, KITA YANG SALAH. Masyarakat yang jenis mulut longkang lagi busuk, yang suka melabelkan perkara NEGATIF terhadap ketidaksempurnaan orang lain.

Saya tidak merujuk fakta di atas kepada kes remaja OKU tersebut, tetapi secara umum.
Ketahuilah wahai para ibu bapa OKU di seluruh MALAYSIA ini, anda adalah ibu bapa yang paling bertuah yang dipilih oleh TUHAN, untuk melakukan amal yang sangat besar.

Jika dalam ISLAM, pahala yang dijanjikan ALLAH SWT adalah sangat besar untuk ibu bapa yang membesarkan anak-anaknya, apatah lagi jika 'istimewa'. Bersabarlah sekiranya ada orang yang mengejek atau menghina kamu dek kerana anak tersebut. Kita semua inginkan anak  yang sempurna fizikal, tapi jika itulah rezeki kita, hadapi dengan redha dan BERSEMANGAT untuk membelanya hingga ke akhir hayatnya.

Peganglah pada ayat ALLAH swt dalam Surah AN-NISA' ayat 1 :

"Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."   

Sebagai penutup, mesej untuk SEMUA MASYARAKAT tak kira apa pun BANGSA , AGAMA anda  :

Apabila anak orang comel dan sempurna fizikal, kita puji.
Apabila ada kekurangan,tidak sempurna fizikal dan akal, kita keji.
Kita sebenarnya sedang 'membunuh' emosi ibu bapa tersebut..
 

Ayuh,ubah percakapan dan persepsi kita!