Thursday

Musdah Mulia Si Pejuang Gay dan Lesbian

Masih ramai rupanya yang tidak mengenali siapa Musdah Mulia sebagai pejuang tegar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Mungkin perawakannya yang bertudung, membuatkan sebahagian dari kita sukar  menerima bahawa beliau berkongsi pandangan yang sama dengan Irsyad Manji.

Hakikatnya juga, dewasa ini, sekadar bertudung, tidak mencerminkan fahaman yang sahih. Kerana itu, wanita Islam sewajarnya bertudung bukan kerana peer pressure, trend, dan sekadar menutup rambut, namun lebih penting menutup aurat dengan diiringi oleh kefahaman Islam yang mantap diiringi dengan sifat 'haya' atau malu yang selayaknya. Terasa sedih kerana ada yang tidak sedar bahawa penampilan mereka sebagai "wanita Muslimah" dijadikan "camouflage" atau penyamaran bagi memudahkan sesuatu ideologi songsang itu lebih diterima.

Siapakah beliau?

Seorang perofessor, Prof. Dr. Siti Musdah Mulia adalah Pensyarah pascasarjana di UIN (Universiti Islam Negeri) Jakarta. Beliau, dikenali sebagai aktivis Jaringan Islam Liberal pernah menyelia Rancangan Kompilasi Hukum Islam (Counter Legal Draft) yang dimajukan kepada Kementerian Agama Indonesia yang memohon perubahan seperti :

• Pasal 3 ayat 1 : Asas perkahwinan adalah monogami dan perkahwinan poligami adalah tidak sah dan harus dinyatakan batal secara hukum.

• Pasal 9 : Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri –suami atau sebaliknya suami–isteri.

• Pasal 54 : Perkahwinan berbeza agama antara muslim atau muslimah dengan non-muslim disahkan.

• Pasal 59 : Talak tidak dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh suami atau isteri di depan sidang pengadilan agama.

• Pasal 88 ayat 7a : Masa iddah bukan hanya dimiliki oleh wanita tetapi juga untuk lelaki. Masa iddah bagi lelaki adalah seratus tiga puluh hari.

• Pasal 8 ayat 3 : Bahagian warisan anak laki-laki dan wanita adalah sama

Draf tersebut bagaimanapun telah ditolak oleh Parlimen dan Kementerian Agama Republik Indonesia.

Beliau juga dikenal sebagai aktivis Islam Liberal dan kebebasan beragama daripada kumpulan ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan di antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” Dan menulis buku “Bias Gender dalam Perspektif Islam”

Dalam sebuah makalah ringkasnya yang berjudul “Islam Agama Rahmat bagi Alam Semesta”, beliau menulis:

“Menurut hemat saya, yang dilarang dalam teks-teks suci tersebut lebih tertuju kepada perilaku seksualnya, bukan pada orientasi seksualnya. Mengapa? sebab, menjadi heteroseksual, homoseksual (gay dan lesbi), dan biseksual adalah kodrati, sesuatu yang “given” atau dalam bahasa fikih disebut sunnatullah. Sementara perilaku seksual bersifat kontruksi manusia. Jika hubungan sejenis atau homo, baik gay atau lesbi sungguh-sungguh menjamin kepada pencapaian-pencapaian tujuan dasar tadi maka hubungan demikian dapat diterima”

Sumber: Majalah Tabligh DTDK PP Muhammadiyah (2008)

ANUGERAH:

Pada Tahun 2007 beliau dianugerahkan International Women of Courage Award oleh US State Department. Dikatakan beliau menerima anugerah untuk " outstanding contribution to the development of moderate Islam and the promotion of democracy and human rights in Indonesia."

Dengan perjuangan beliau yang mempromosi Gay dan Lesbian, maka kita memahami kini apa itu maksud "Moderate ISLAM" oleh Amerika Syarikat melalui "think-thank" mereka seperti RAND Corp, dan negara-negara Barat yang lain.

Pada tahun 2009 di Saint-Vincent, Italia, beliau telah dianugerah sebagai Women of the Year 2009 kerana memperjuangkan Gay dan Lesbian harus diterima oleh masyarakat.

Begitulah halusnya gerakan Islam Liberal ini didokong oleh penaja-penaja tertentu, agar mereka diangkat sebagai tokoh masyarakat dan ikon Muslim, sedangkan pejuang sebenar yang mengingatkan fundametal aqidah dilabel "ekstremist, bigots, terrorists" dll.

Maka benarlah kata-kata sahabat saya saudara Mohd Luttfi https://www.facebook.com/mohd.luttfi

- Kita jangan mudah terpedaya atau terperangkap kalau ada pihak-pihak tertentu di Malaysia menegaskan bahawa gerakan Comango sudah terhenti di Geneva atau tersekat di Mahkamah Persekutuan.

- Jahiliyyah tidak pernah ada Cuti Tahunan, Semester Break, MC atau Emergency Leave!

- Umat Islam dan para aktivis Islam sepatutnya sudah On Call sepanjang hayat.

Mari kita hayati Ramadhan untuk mendapatkan bekalan bagi menentang pemikiran yang jauh terpesong ini. Banyakkanlah pembacaan kita dan luaskan kajian kita bagi mengenali modus operandi musuh menyesatkan umat secara halus.