Monday

5 Orang Pakar Bedah Malaysia ke Gaza. RESPECT !

Assalamualaykum wbt,

Aman Palestin Bhd dengan kerjasama I-Medik Malaysia akan menghantar 5 orang Pakar Perunding untuk menyertai Misi ke-18 AP ke Gaza.
 
Mereka dijangka akan berada di Gaza mulai 11hb Ogos sehingga 20hb Ogos 2014 ini.
Pasukan sukarelawan pakar-pakar bedah ini bakal disertai oleh 2 orang pakar bedah ortopedik (tulang), seorang pakar ENT, seorang pakar urologi dan seorang seorang pakar bedah plastik.







1- Dr Mohamad Nor Sundari - Pakar Perunding Bedah Ortopedik daripada Kuantan Medical Centre sebagai ketua rombongan.
2- Dr Zairul Nizam - Pakar Perunding Bedah Ortopedik daripada Senawang Specialist Hospital, Seremban
3- Dr Zulkifli Yusof - Pakar Perunding ENT daripada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
4- Dr Wan Azman Wan Sulaiman - Pakar Perunding Bedah Plastik daripada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
5- Dr Islah Munjih Ab. Rashid - Pakar Perunding Urologi, International Islamic University, Kuantan, Pahang.

Mereka akan melakukan pembedahan elektif sebanyak kira-kira 40 kes yang telah dikenal-pasti oleh badan-badan kebajikan dan pasukan pengamal perubatan di Gaza.

Orang ramai dan badan berkanun yang ingin memberikan sumbangan kewangan atau menaja peralatan perubatan kepada misi perubatan yang bakal menelan belanja sebanyak RM 500,000 ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi :

Dr Mohamad Nor Sundari - (Kuantan) 012 3833678

Dr Zairul Nizam - (Seremban) 012 4444419