Monday

5 Orang Pakar Bedah Malaysia ke Gaza. RESPECT !

Assalamualaykum wbt,

Aman Palestin Bhd dengan kerjasama I-Medik Malaysia akan menghantar 5 orang Pakar Perunding untuk menyertai Misi ke-18 AP ke Gaza.
 
Mereka dijangka akan berada di Gaza mulai 11hb Ogos sehingga 20hb Ogos 2014 ini.
Pasukan sukarelawan pakar-pakar bedah ini bakal disertai oleh 2 orang pakar bedah ortopedik (tulang), seorang pakar ENT, seorang pakar urologi dan seorang seorang pakar bedah plastik.







1- Dr Mohamad Nor Sundari - Pakar Perunding Bedah Ortopedik daripada Kuantan Medical Centre sebagai ketua rombongan.
2- Dr Zairul Nizam - Pakar Perunding Bedah Ortopedik daripada Senawang Specialist Hospital, Seremban
3- Dr Zulkifli Yusof - Pakar Perunding ENT daripada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
4- Dr Wan Azman Wan Sulaiman - Pakar Perunding Bedah Plastik daripada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
5- Dr Islah Munjih Ab. Rashid - Pakar Perunding Urologi, International Islamic University, Kuantan, Pahang.

Mereka akan melakukan pembedahan elektif sebanyak kira-kira 40 kes yang telah dikenal-pasti oleh badan-badan kebajikan dan pasukan pengamal perubatan di Gaza.

Orang ramai dan badan berkanun yang ingin memberikan sumbangan kewangan atau menaja peralatan perubatan kepada misi perubatan yang bakal menelan belanja sebanyak RM 500,000 ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi :

Dr Mohamad Nor Sundari - (Kuantan) 012 3833678

Dr Zairul Nizam - (Seremban) 012 4444419


 

Sunday

Ramadhan...kita bertemu lagi...

 
 
 
OH ALLAH !
Sedarkan aku jika aku kurang beribadah kepada-MU...
Biarkan aku terus hanyut mengabdikan cintaku kepada-MU...,
Jangan Kau biarkan aku tenggelam dalam cinta duniawi dan tipu dayanya...
Moga aku terus kuat dan bertenaga..dan dapat memenuhi Ramadhan ini dengan amalan dan kebaikan...
Andai ini Ramadhan terakhir buatku.. ;'
)

Panduan untuk Makan Ubat Hospital/Klinik Pada Bulan Ramadhan


Assalamualaykum wbt,

Panduan makan ubat mengikut waktu yang diarahkan Dr ketika berpuasa di bulan Ramadhan.

Ajarkan pada ibu bapa kalian!

Selamat menyebarkan dan selamat beramal.

Thursday

Musdah Mulia Si Pejuang Gay dan Lesbian

Masih ramai rupanya yang tidak mengenali siapa Musdah Mulia sebagai pejuang tegar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Mungkin perawakannya yang bertudung, membuatkan sebahagian dari kita sukar  menerima bahawa beliau berkongsi pandangan yang sama dengan Irsyad Manji.

Hakikatnya juga, dewasa ini, sekadar bertudung, tidak mencerminkan fahaman yang sahih. Kerana itu, wanita Islam sewajarnya bertudung bukan kerana peer pressure, trend, dan sekadar menutup rambut, namun lebih penting menutup aurat dengan diiringi oleh kefahaman Islam yang mantap diiringi dengan sifat 'haya' atau malu yang selayaknya. Terasa sedih kerana ada yang tidak sedar bahawa penampilan mereka sebagai "wanita Muslimah" dijadikan "camouflage" atau penyamaran bagi memudahkan sesuatu ideologi songsang itu lebih diterima.

Siapakah beliau?

Seorang perofessor, Prof. Dr. Siti Musdah Mulia adalah Pensyarah pascasarjana di UIN (Universiti Islam Negeri) Jakarta. Beliau, dikenali sebagai aktivis Jaringan Islam Liberal pernah menyelia Rancangan Kompilasi Hukum Islam (Counter Legal Draft) yang dimajukan kepada Kementerian Agama Indonesia yang memohon perubahan seperti :

• Pasal 3 ayat 1 : Asas perkahwinan adalah monogami dan perkahwinan poligami adalah tidak sah dan harus dinyatakan batal secara hukum.

• Pasal 9 : Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri –suami atau sebaliknya suami–isteri.

• Pasal 54 : Perkahwinan berbeza agama antara muslim atau muslimah dengan non-muslim disahkan.

• Pasal 59 : Talak tidak dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh suami atau isteri di depan sidang pengadilan agama.

• Pasal 88 ayat 7a : Masa iddah bukan hanya dimiliki oleh wanita tetapi juga untuk lelaki. Masa iddah bagi lelaki adalah seratus tiga puluh hari.

• Pasal 8 ayat 3 : Bahagian warisan anak laki-laki dan wanita adalah sama

Draf tersebut bagaimanapun telah ditolak oleh Parlimen dan Kementerian Agama Republik Indonesia.

Beliau juga dikenal sebagai aktivis Islam Liberal dan kebebasan beragama daripada kumpulan ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan di antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” Dan menulis buku “Bias Gender dalam Perspektif Islam”

Dalam sebuah makalah ringkasnya yang berjudul “Islam Agama Rahmat bagi Alam Semesta”, beliau menulis:

“Menurut hemat saya, yang dilarang dalam teks-teks suci tersebut lebih tertuju kepada perilaku seksualnya, bukan pada orientasi seksualnya. Mengapa? sebab, menjadi heteroseksual, homoseksual (gay dan lesbi), dan biseksual adalah kodrati, sesuatu yang “given” atau dalam bahasa fikih disebut sunnatullah. Sementara perilaku seksual bersifat kontruksi manusia. Jika hubungan sejenis atau homo, baik gay atau lesbi sungguh-sungguh menjamin kepada pencapaian-pencapaian tujuan dasar tadi maka hubungan demikian dapat diterima”

Sumber: Majalah Tabligh DTDK PP Muhammadiyah (2008)

ANUGERAH:

Pada Tahun 2007 beliau dianugerahkan International Women of Courage Award oleh US State Department. Dikatakan beliau menerima anugerah untuk " outstanding contribution to the development of moderate Islam and the promotion of democracy and human rights in Indonesia."

Dengan perjuangan beliau yang mempromosi Gay dan Lesbian, maka kita memahami kini apa itu maksud "Moderate ISLAM" oleh Amerika Syarikat melalui "think-thank" mereka seperti RAND Corp, dan negara-negara Barat yang lain.

Pada tahun 2009 di Saint-Vincent, Italia, beliau telah dianugerah sebagai Women of the Year 2009 kerana memperjuangkan Gay dan Lesbian harus diterima oleh masyarakat.

Begitulah halusnya gerakan Islam Liberal ini didokong oleh penaja-penaja tertentu, agar mereka diangkat sebagai tokoh masyarakat dan ikon Muslim, sedangkan pejuang sebenar yang mengingatkan fundametal aqidah dilabel "ekstremist, bigots, terrorists" dll.

Maka benarlah kata-kata sahabat saya saudara Mohd Luttfi https://www.facebook.com/mohd.luttfi

- Kita jangan mudah terpedaya atau terperangkap kalau ada pihak-pihak tertentu di Malaysia menegaskan bahawa gerakan Comango sudah terhenti di Geneva atau tersekat di Mahkamah Persekutuan.

- Jahiliyyah tidak pernah ada Cuti Tahunan, Semester Break, MC atau Emergency Leave!

- Umat Islam dan para aktivis Islam sepatutnya sudah On Call sepanjang hayat.

Mari kita hayati Ramadhan untuk mendapatkan bekalan bagi menentang pemikiran yang jauh terpesong ini. Banyakkanlah pembacaan kita dan luaskan kajian kita bagi mengenali modus operandi musuh menyesatkan umat secara halus.







Monday

Stigma Masyarakat Terhadap Kanak-kanak atau Orang Kurang Upaya(OKU). WAJIB BACA!

Assalamualaykum wbt,



Sekarang ni tengah hot tentang isu remaja OKU yang dijumpai telah dikurung di sebuah bilik. Ada berita melaporkan ibunya berada dalam kesempitan wang, dan terpaksa menanggung perbelanjaan seisi rumah. Ramai jugak di FB yang share profile ibu remaja OKU ini,mengatakan tahap kehidupan ibunya bukanlah miskin.

Tapi...pernahkah kita terfikir, perkara-perkara seperti mengurung orang OKU, adalah impak daripada stigma masyarakat khususnya masyarakat Melayu yang tidak pegang pada agama?

Sebagai contoh, apabila lahirnya seorang bayi, jika ada kecacatan paras rupa, kita jadi 'tidak selera' dan berbisik-bisik sesame sendiri,dan komen, sehingga ibunya terasa.

Apabila kita menjumpai kanak-kanak OKU atau cacat, kita ejek mereka 'CACAT' kuat-kuat dan memulau orang tersebut. Impaknya, ibu bapa kanak-kanak tersebut akan rasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat dan cuba berpura-pura kelihatan 'sempurna' di mata masyarakat. PERNAH TAK TERFIKIR????

Tak kurang juga ada segelintir masyarakat yang melabelkan orang OKU atau cacat sebagai 'BALA', "SIAL', Petanda buruk bagi sesebuah keluarga. Ini terus membuatkan si ibu atau ayahnya membenci anak tersebut dan bertindak untuk mengurung/ menyiksa anak yang tidak berdosa itu.

APA PUNCANYA?????

YA, KITA YANG SALAH. Masyarakat yang jenis mulut longkang lagi busuk, yang suka melabelkan perkara NEGATIF terhadap ketidaksempurnaan orang lain.

Saya tidak merujuk fakta di atas kepada kes remaja OKU tersebut, tetapi secara umum.
Ketahuilah wahai para ibu bapa OKU di seluruh MALAYSIA ini, anda adalah ibu bapa yang paling bertuah yang dipilih oleh TUHAN, untuk melakukan amal yang sangat besar.

Jika dalam ISLAM, pahala yang dijanjikan ALLAH SWT adalah sangat besar untuk ibu bapa yang membesarkan anak-anaknya, apatah lagi jika 'istimewa'. Bersabarlah sekiranya ada orang yang mengejek atau menghina kamu dek kerana anak tersebut. Kita semua inginkan anak  yang sempurna fizikal, tapi jika itulah rezeki kita, hadapi dengan redha dan BERSEMANGAT untuk membelanya hingga ke akhir hayatnya.

Peganglah pada ayat ALLAH swt dalam Surah AN-NISA' ayat 1 :

"Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."   

Sebagai penutup, mesej untuk SEMUA MASYARAKAT tak kira apa pun BANGSA , AGAMA anda  :

Apabila anak orang comel dan sempurna fizikal, kita puji.
Apabila ada kekurangan,tidak sempurna fizikal dan akal, kita keji.
Kita sebenarnya sedang 'membunuh' emosi ibu bapa tersebut..
 

Ayuh,ubah percakapan dan persepsi kita!


Friday

Ada apa dengan 'Sebuah Kebaikan yang Telah Kita Buat'?

Assalamualaykum wbt..
Nota untuk diri sendiri..
Kadang sukar untuk memberi..kerana kekangan fulus..
tapi banyak cara boleh memberi..
Tidak rugi pada si Pemberi..
Inshaa ALLAH..
 

http://www.h12-media.com/pub/?ref=7727443
 

Sunday

Wanita Syurga Bidadari Dunia...


http://www.h12-media.com/pub/?ref=7727443
 
Keanggunan yang tepancar darimu oh muslimah,
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah,
Kau hadirkan pesona , malu berbalut taqwa,
Laksana syurga di dunia..
 
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah,
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah,
Perhiasan dunia tunduk pada yang kuasa,
Sejukmu mententeramkan jiwa..
 
 
 Engkau wanita syurga, Bidadari dunia,
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta,
Engkau wanita syurga bak permata berharga,
Berbinar indah dalam kesucian jiwa..
 
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah,
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah,
Perhiasan dunia tunduk pada yang kuasa,
Sejukmu mententeramkan jiwa..
 
 
 
http://www.h12-media.com/pub/?ref=7727443

Saturday

Nak pastikan ada gangguan jin atau tidak?


Assalamualaykum wbt, maklumat ni Aena dapat daripada page FB PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM), how to diagnose/ identify symptom orang yang ada gangguan jin dalam tubuh... Ya, jin itu memang wujud, kerana dalam AL-Quran sendiri ada surah tentang jin ini..Umat Islam kena percaya.. namun begitu, kalau 'dia' ada dalam tubuh kita, itu membuatkan kita hilang focus, malas beribadah, rimas atau tak suka apabila orang baca Al-Quran, sukar dapat jodoh,suka bergaduh, banyak benda buat tak jadi, dan ada yang sampai memudaratkan kesihatan badan kita.. Na'uzubillah min zalik..ini cara untuk mengesannya...
Selepas solat maghrib atau isya

Baca
...

1.Istighfar 3x
2.Al-Fatihah x1
3.Selawat Nabi 33x
4.Ayatul kursi 33x

Tanda ketika baca

1.Muntah
2.Kakitangan mengeletar
3.Rasa benda berjalan di bawah kulit
4.Sesak nafas
5.Menjerit
6.Menangis tanpa sebab
7.Panas bahagian tengkuk,muka
 
 
______________________________________________________________________
 
A006 
    
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Friday

Anta Syafi..Ya Ilahi..

On 10 June, 2a.m, My father,70y/o ,Malay male patient presented with sudden onset of shortness of breath(dyspnea) while he was sleeping at night. On chest radiograph examination,revealed enlargement of right atrium of heart(cardiomegaly). He will be referred to GH penang for echocardiogram to confirm diagnosis( to identify exact abnormalities of heart)
 
 Indahnya bertawakkal kepadaMu Ya Allah ... Pada 12 Jun ,Alhamdulillah..ayah dah discharge pagi ini.. Keadaan beliau stabil,cuma perlu follow up utk hypertension,glucose (ikut tarikh)& appoinment TCA echo pada 8/4/2015. Terima kasih pda doktr,nurses,adik beradik yg mantap & semua mendoakan..

 Subhanallah walhamdulillah..ALLAHUAKBAR!


Rintihan seorang bakal muallaf

Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya


adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya


aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka


kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua


kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?


pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup 
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah...


Ditulis oleh  Felixia Yeap

Tuesday

Tudung Labuh 4 Segi Crepe Silk BERCORAK Bidang 60',

Assalamualaykum wbt.
Tudung Labuh 4 Segi BERCORAK Bidang 60'
 
Kain Crepe Silk,tidak Jarang seperti bawal biasa. Senang iron & bentuk..

 Harga sehelai : RM 25.
 2 helai ke atas - RM 22 sehelai.

 4 helai ke atas - RM 19 sehelai.
Percuma Kos Penghantaran
 
Cara Untuk Buat Pesanan/ORDER :
SMS/ WHATSAPP ke 0174519432
 
PM facebook.com/aenanoorjannapage
 
beserta  details lengkap:

 Nama,
 No Telefon,
 Alamat yang lengkap&mudah menerima parcel,
 Kod Item & Kuantiti,
 Cara Pembayaran(Maybank/CIMB/Bank Islam sahaja)
 Tunggu Invois untuk anda lakukan pembayaran. Jazakallah khayr..

Jom kita berjinak-jinak dengan bertudung labuh..awak pasti rasa best dan selamat !
 
 
 
 
 







Monday

Rahsia Bersedekah


Allah meletakkan ‘infaq’ atau ‘sedekah’ adalah ciri-ciri seorang muslim. Umat Islam dianjurkan bersedekah dan Allah membenci sifat kedekut.
Didalam satu hadis Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah ada satu hari pun yang dilalui oleh setiap hamba pada pagi harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun, berkata salah satu dari keduanya: Ya Allah berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti (dari harta yang diinfaqkan tersebut), dan berkata (malaikat) yang lain: Ya Allah, berilah orang yang kedekut kebinasaan (hartanya).” (HR.Bukhari dan Muslim)
Allah Azzawajal telah berjanji akan menggantikan harta orang yang berinfaq dengan gantian yang lebih baik, sebagaimana dalam firman Allah:
“Dan Apa saja yang kamu infaqkan, niscaya Dia (Allah) akan menggantinya.” (QS. Saba’: 39)
Demikian pula yang difirmankan-Nya dalam hadits qudsi:

“Berinfaqlah wahai anak Adam, niscaya engkau akan diberi balasan/gantinya.” (HR.Bukhari dan Muslim)
Sebagai muslim yg benar-benar beriman dan ikhlas wajib yakin dan membenarkan firman Allah. Sekaligus membenarkan dengan melaksanakan sedekah dan berinfaq ke jalan Allah. Sedekah bukan sahaja mendapat ganjaran balas, malah ia merupakan amalan yg tidak putus-putus walaupun kita mati.
Cuba bayangkan, kita bersedekah untuk pembinaan Masjid atau sekolah yg mana org beribadah dan menuntut ilmu padanya, nescaya setiap kali org melangkah masuk masjid atau sekolah untuk beribadah dan menuntut ilmu, kita mendapat pahala tanpa henti atas amalan sedekah kita. Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yg membina kerana Allah sebuah masjid, Allah membina baginya mahligai di Syurga. (HR. Muslim)
Moga hasil sedekah kita, dapat kita menumpang mahligai di syurga yg dijanjikan Allah Azzawajal.
Sangat besar ganjaran sedekah, kita sedekah didunia, kita untung diakhirat, seperti bermain saham. Kita labur dan terima habuan yg tak henti-henti. Namun saham akhirat tidak ada rugi, hanya untung yg tak henti hingga khiamat.
Allah -Subhanahu wa Ta’ala- berfirman:
“Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”. (QS. Al-Baqarah: 280)
Elemen yg terpenting dalam bersedekah adalah niat yg ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan permisalan orang-orang yang menginfaqkan hartanya karena mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai) …” (QS. Al Baqarah: 265)
Di antara Keutamaan Sedekah: 
1.Mendapatkan Pahala yang Berlipat Ganda
Dengan sedekah tersebut Allah -Subhanahu wa Ta’ala- memuliakan kaum muslimin, menyucikan harta mereka, serta memberikan ganjaran bagi mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda dan menuliskannya disisi-Nya sebagai kebaikan yang sempurna.
Allah -Subhanahu wa Ta’ala- berfirman:
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”. (QS. Al-Baqarah: 245)
2. Tanda Ketaqwaan
Sedekah adalah tanda dan ciri ketaqwaan seorang muslim.
Allah -Ta’ala- berfirman:

“Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka“. (QS. Al Baqarah : 2-3)
3. Sedekah Bekal Menuju Akhirat
Akan tiba masa yang tidak ada lagi jual beli, dan tidak bermanfaat persahabatan (hari kiamat). Oleh karena itu, sebelum tiba masa itu hendaknya seseorang mempersiapkan bekalan yang boleh membantunya iaitu dengan banyak-banyak bersedekah.
Allah Ta’ala berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang Telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. dan orang-orang kafir Itulah orang-orang yang zalim“. (QS. Al Baqarah : 254)

Al-Allamah Abdur Rahman bin Nashir As-Sa’diy -rahimahullah- berkata, “Ini merupakan kelembutan Allah terhadap para hamba-Nya, karena Allah memerintahkan mereka untuk mempersembahkan sesuatu yang Allah berikan kepada mereka, berupa sedekah wajib (zakat), dan sedekah mustahab (sunnah) agar hal itu menjadi tabungan, dan pahala yang banyak bagi mereka pada hari orang-orang yang beramal memerlukan kepada setitik kebaikan yg mana tiada lagi perniagaan di hari itu.
Andai seorang menebus dirinya dengan emas sepenuh bumi dari siksaan pada hari kiamat, maka tak akan diterima darinya; tak akan bermanfaat baginya seorang kekasih, dan sahabat, baik itu kerana kedudukannya atau syafa’atnya. Itulah hari yang sgt rugi bagi para pelaku kejahatan di dalamnya, dan akan terjadi kehinaan bagi orang-orang yang zalim”. [Lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman (hal. 110)]
4. Sedekah Adalah Perisai Dari Neraka

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Hendaknya salah seorang diantara kalian melindungi wajahnya dari neraka, sekalipun dengan sebelah biji korma(bermakna bersedekah)”. [HR. Ahmad. Hadits ini di-shahih-kan oleh Al-Albaniy dalam Shahih At-Targhib (864)]
5. Shadaqah Penghapus Kesalahan
Setiap anak cucu adam tidak lepas dari kesalahan, namun Allah yang Maha pemurah telah memberikan suatu sebab yang dengannya boleh menghapuskan kesalahan-kesalahan dari anak cucu adam dan sebab tersebut adalah dengan bersedekah.
Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sedekah itu memadamkan (menghapuskan) kesalahan sebagaimana air memadamkan api” [HR. Ahmad dalam Al-Musnad (3/321), dan Abu Ya’laa. Lihat Shohih At-Targhib (1/519)]
6. Sedekah Pelindung Di Padang Mahsyar
Ketika manusia menanti keputusan di padang mahsyar dan sibuk dengan urusan masing-masing. Manusia pada saat itu tidak peduli lagi dengan orang-orang yang ada di sekitar mereka. Matahari didekatkan dengan jarak satu mil, pada saat itulah seseorang sangat memerlukan pahala sedekah yang dapat menaungi mereka.
Rasulullah S.A.W:
“Setiap orang berada dalam naungan sedekahnya hingga diputuskan perkara di antara manusia“. [HR. Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim. Hadits ini shahih sebagaimana yang dinyatakan oleh Syaikh Al-Albaniy dalam Shahih At-Targhib wa At-Tarhib (872)] 
7. Sedekah Pemadam Panas Di Alam Kubur
Tentunya seorang mukmin apabila dia mati maka dia mendambakan kuburnya adalah termasuk taman di antara taman-taman syurga dan jauh dari panasnya api neraka. Rasulullah yang sangat sayang kepada umatnya telah memberikan tuntunan yang dapat menyelamatkan umatnya dari panasnya api neraka iaitu dengan bersedekah. Beliau bersabda :
“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panasnya kubur bagi pemilik sedekah”. [HR. Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir, dan Al-Baihaqiy. Syaikh Al-Albaniy meng-hasan-kan hadits ini dalam Ash-Shahihah (3484)]
8. Sedekah Adalah Sebab Malaikat Mendoakan Seseorang
Sungguh suatu kemuliaan tersendiri bila seseorang dido’akan oleh makhluk yang dekat dengan Allah yaitu para malaikat, tentu do’a tersebut adalah do’a yang mustajab. Maka dengan bersedekahlah dapat menjadi sebab seseorang dido’akan oleh para malaikat.
Rasululullah S.A.W bersabda :

“Tak ada suatu hari pun seorang hamba berada di dalamnya, kecuali ada dua orang malaikat akan turun; seorang diantaranya berdo’a, “Ya Allah berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq”. Yang lainnya berdo’a, “Ya Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yg enggan berinfaq”.”. [HR. Bukhari dan Muslim ]
9. Tujuh Golongan yang Dinaungi
Padang Mahsyar merupakan tempat pengadilan. Allah akan mengadili dan memutuskan segala urusan dan perkara setiap hamba-hamba-Nya, baik itu berkaitan dengan hak Rabb-nya, orang lain, ataupun dirinya sendiri. Hari itu merupakan hari yang amat mengerikan dan menakutkan sehingga semua makhluk tunduk dan pasrah kepada Sang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, Allah Rabb alam semesta.

“Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar”.(QS.An-Naba’: 38)
“Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan”. (QS. Al-Jatsiyah: 28)
Belum lagi matahari didekatkan dengan sedekat-dekatnya. Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, Ketika itulah para hamba menunggu dan mengharapkan perlindungan dan naungan dari Rabb-nya. Diantara golongan yang mendapatkan naungan saat itu, orang yang ikhlas bersedekah.
Nabi S.A.W bersabda:

“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat yang mana tidak ada naungan selain naungan Allah….seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah yang ia rahsiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. [HR. Bukhari dalam Sahih-nya (629), Muslim dalam Sahih-nya (1032)]
Sungguh agung dan besar keutamaan bersedekah, akan tetapi suatu amalan tidak akan menjadi agung, tanpa disertai dengan niat yang ikhlas dan sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW.

Sunday

Petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda

Assalamualayukum wbt.. Berikut merupakan petua yang Aena dapat daripada pihak Nuffnang.. Moga beroleh manfaat untuk kita terus memperoleh pendapatan melalui blogging ini kan...Here we goo!



Kami ingin berkongsi petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda dengan mengikuti langkah-langkah tersebut.

Apakah yang anda perlu lakukan?

Sebelum kita boleh memperuntukkan iklan kepada blog anda, sistem kami memerlukan masa untuk memproses trafik blog anda.

Proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda memasang unit iklan di blog anda, oleh itu jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan anda.

 Selepas blog anda diserahhakkan kempen, anda akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations kami. Jika anda tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut, anda boleh emel ahli Ad Ops kami untuk menarik diri daripada kempen tersebut.

Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia, terdapat banyak cara untuk anda untuk mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang. Berikut adalah tips daripada kami:
  1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
  2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
  3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
  4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
  5. Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.