Wednesday

KECAMAN TERHADAP HUKUMAN MATI 529 ORANG PENYOKONG MURSI

 
Wajah itu tetap tersenyum walaupun hukuman mati sudah diputuskan untuk mereka, hakikatnya, kematian itu hanya satu perjalanan! ia bukan pengakhiran, bahkan ia satu permulaan untuk kehidupan dialam barzakh nanti, doakan untuk 529 ikhwan muslimin mesir yang telah dijatuh hukuman mati ini berjaya melepasi saat yang getir ini. Kita hanya ada doa untuk membantu mereka.. senyuman itu kebahagiaan untuk perjalanan yang indah ini..
 
 
...
Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman moden ini. Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengajak kepada penerapan syariat Islam dalam kehidupan. Gerakan ini seringkali mendapat tentang hebat daripada golongan Islam yang berfahaman sekular. Kemampuan Ikhwanul Muslimin membendung arus sekularisasi di dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan Islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden.

Semalam, mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden, Mohammed Morsi. Pihak berkuasa Mesir telah mengambil tindakan keras kepada gerakan berkenaan sejak Mohammed Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan penyokong ditahan dan ratusan terbunuh. Cakna Palestin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan kudeta ini. Secara jelas ianya telah mencerminkan siapa di belakang kerajaan Mesir sekarang ini. Usaha untuk menghancurkan Ikhwanul Muslimin secara terang-terangan telah dipelopori oleh Israel.

Bukti-bukti palsu telah direka bagi menjustifikasikan penangkapan dan hukuman ke atas Ikhwanul Muslimin. Sementara perbicaraan kes pula, mengambil masa paling pantas dalam sejarah kehakiman. Jelas sekali prosedur perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi. Tindakan pengharaman Ikhwan Muslimin perlu ditarik balik. Cakna Palestin mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.

Situasi ini tentunya memberi kesan kepada penduduk Gaza. Beberapa tindakan Mesir seperti penutupan pintu sempadan Rafah dan yang terbaru hukuman mati kepada penyokong bekas presiden Morsi merupakan satu bentuk jenayah perang yang terancang. Tindakan sedemikian menyalahi norma dan undang-undang antarabangsa dan Hak Asasi Manusia serta perlu diseret ke pengadilan antarabangsa.

Presiden
Cakna Palestin (25 Mac 2014)