Friday

Jodohnya adalah perempuan bisu,pekak dan buta

Pernah tak awak semua dengar tentang kisah seorang lelaki dan epal ? Kerana termakan sebiji epal, beliau kena berkahwin dengan perempuan bisu,pekak dan buta ?

.. kerana epal ..

Begini kisahnya , diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam daerah Jilan di Iraq , terdapat seorang pemuda yang soleh . Suatu hari , dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai . Dia terasa amat lapar . Tiba-tiba , dia terlihat sebiji epal yang terapung di atas permukaan air sungai yang mengalir tersebut . Kerana berasa terlalu lapar , dia mengambil epal tersebut dan memakannya . Dia berasa amat kesal dan takutkan ALLAH SWT kerana memakan epal yang tidak diketahui siapa pemiliknya .

Tiba-tiba hatinya terdetik , "Mungkin pemilik epal ini berada di hulu sungai . Lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf kepadanya."

Tanpa membuang masa , dia menyelusuri sungai tersebut ke hulu dengan harapan dapat menemui sebuah kebun epal . Ternyata , memang benar sangkaannya ! Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai . Si pemuda tersebut meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin pemilik tersebut . Tuan kebun itu sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda tersebut lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah pemuda itu makan . Walaupun berat untuk menunaikannya , namun demi menghalalkan buah epal yang telah dimakannya , pemuda tersebut sanggup bekerja di situ tanpa upah ..

Setelah tamat tempoh 10 tahun tersebut , pemuda tersebut meminta izin untuk pulang . Namun , sekali lagi pemilik tersebut mengenakan syarat kepadanya . Pemilik kebun tersebut mengenakan syarat supaya berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan seorang yang buta , pekak , bisu dan cacat anggota badan . Walaupun syarat tersebut berat baginya , namun dia tetap bersetuju asalkan epal yang dimakan 10 tahun yang lepas dihalalkan . * I wonder , is there any men like this who is willing to marry the woman? * ^__^

Selepas majlis akad nikah telah sempurna dilaksanakan , pemuda tersebut memasuki bilik yang terdapat perempuan yang dikhabarkan buta , bisu , pekak dan cacat anggota badan itu . Sebelum memasuki bilik tersebut , pemuda tersebut memberi salam . Salam pemuda tersebut telah dijawab oleh perempuan itu . Dia terkejut ! Apabila melihat berhadapan dengan perempuan itu , dia melihat bahawa wanita di hadapannya itu seorang yang sempurna ! Tiada sebarang cacat cela . Perempuan itu tidaklah seperti apa yang dikhabarkan . Dia seorang yang baik penglihatannya , sempurna pendengarannya , tidak bisu , dan tidak cacat anggota badan .

Lantas si bapa mertua menerangkal hal yang sebenarnya . Perempuan itu dikatakan ; 
  • BUTA kerana anaknya itu TIDAK PERNAH MELIHAT perkara yang diharamkan ALLAH ,
  • PEKAK kerana anaknya itu TIDAK PERNAH MENDENGAR perkataan LAGHA , UMPATAN dan sebagainya ,
  • BISU kerana anaknya itu MENJAGA LIDAH daripada mengatakan PERKARA-PERKARA yang MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH 
  • CACAT kerana anaknya itu TERPELIHARA DARIPADA MENGERJAKAN MAKSIAT ..

Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara' dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali ALLAH yang masyhur dan tinggi ilmunya yang bernama Syeikh Abdul Qadir al-Jailani .
Wallahu'alam..