Friday

Israeli Apartheid Week | Episod 1 | Apartheid dan Bantustan

TAHUKAH ANDA? 
 


 Jika 1948 menyaksikan penduduk Yahudi di Palestin melancarkan perang untuk mendirikan negara Yahudi Israel (peristiwa yang dikenali sebagai an-Nakbah/the catastrophe/malapetaka besar), di Kesatuan Afrika Selatan (kini Republik Afrika Selatan) golongan Afrikaner, penduduk Afrika keturunan Eropah yang berkulit putih telah melancarkan operasi pemisahan kaum secara berstrategi.
 
Golongan kulit putih ektremis yang telah memenangi pilihanraya umum pada 26 Mei 1948 telah menggunakan kuasa mereka untuk menggubal undang-undang yang bersifat perkauman (rasis) bagi mengekalkan superioriti dan dominasi warga kulit putih di Afrika Selatan pasca Perang Dunia Kedua. Pendekatan ini dikenali sebagai sistem apartheid (aparthood: pemisahan).

Melalui sistem apartheid, warga kulit hitam di Afrika Selatan telah dilarang berkahwin dengan warga kulit putih, bekerja dan tinggal di kawasan penempatan warga kulit putih dan diwajibkan memiliki pas identiti jika ingin memasuki atau bekerja di kawasan penempatan warga kulit putih. Mereka memiliki kawasan penempatan, sekolah, universiti, panggung wayang dan perkhidmatan bas yang berasingan. Dengan kata lain percampuran atau asimilasi kaum adalah dilarang sama sekali.

Malah pada tahun 1970, melalui peruntukan undang-undang Black Homeland Citizenship Act, warga kulit hitam telah dipindahkan secara besar-besaran ke 10 kawasan yang digelar sebagai bantustan (sebelum ditukar kepada homeland) untuk terus memencilkan mereka dan memastikan warga kulit putih menjadi majoriti di kawasan-kawasan yang lain. Hari ini perkataan bantustan diguna bagi menggambarkan wilayah yang terbentuk hasil daripada proses persempadan semula yang tiada legitimasi, tidak menerima haknya yang patut dan terpisah daripada persekitarannya.

Satu-satunya negara yang mengiktiraf pembentukan bantustan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Israel! Ya, tanpa kita sedari kerajaan apartheid Afrika Selatan (1948-1994) mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel. Bagaimana? Nantikan pembongkarannya esok.

[AK]

SUMBER : AQSA SYARIF