Saturday

Israeli Apartheid I Episod 3 I Model Apartheid Israel


 Model apartheid Israel mengambil pelajaran daripada apartheid Afrika dan beberapa lagi amalan pemisahan dalam masyarakat. Model apartheid Israel mempunyai ciri-ciri yang kompleks kerana ia turut mencampur-adukkan elemen kolonialisme dan pendudukan tentera sekaligus dalam satu pakej.

Apartheid Israel boleh dibahagikan kepada 4 bentuk berbeza berdasarkan 4 kumpulan sasaran yang berbeza* iaitu:

(a) rakyat Palestin yan
g tinggal di dalam Israel sebagai warganegara Israel
(b) rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat yang berada di bawah pendudukan tentera
(c) rakyat Palestin yang tinggal di Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi, perjalanan keluar-masuk dan bantuan kemanusiaan
(d) rakyat Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian di negara-negara Arab jiran seperti di Lubnan, Jordan, Syria dan Mesir

Setiap kumpulan ini terpaksa berhadapan dengan amalan apartheid yang berbeza corak dan modus operandinya yang menyukarkan lagi penentangan ke atas kezaliman yang dilakukan.

Antara pendekatan yang terdapat dalam model apartheid Israel ialah:

1) Rakyat Palestin yang terpaksa menjadi warganegara Israel telah diletakkan di bawah pengawasan dan kawalan undang-undang yang menzalimi hak mereka seperti yang terkandung dalam undang-undang Law of Return (1950), Absentee Property Law (1950), Citizenship Law (1952), the Jewish National Fund Law (1953), Basic Law: Israel Lands (1960) dan Jerusalem Law (1980).

2) Rakyat Palestin di Tebing Barat telah dipisah-pisahkan ke dalam pulau-pulau bantustan. Bantustan-bantustan ini kemudiannnya dipisahkan lagi dengan pos-pos ‘keselamatan/tentera’ Israel dan tembok apartheid sepanjang 708 km. Tembok ini 4.5 kali lebih panjang dan 2.2 kali lebih tinggi daripada tembok Berlin yang pernah memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat satu ketika dahulu.

3) Rakyat Palestin di Gaza telah dikenakan sekatan ekonomi, perjalanan keluar-masuk dan bantuan kemanusiaan. Malah, Gaza telah 2 kali diserang dalam operasi ketenteraan besar-besaran pada Disember 2008 - Januari 2009 dan November 2012.

4) Rakyat Palestin di kem-kem pelarian dinafikan hak untuk kembali semula ke kampung halaman mereka selepas dipaksa lari dari medan peperangan. Mereka adalah golongan yang sering dilupa dan dipinggirkan. Populasi mereka telah berkembang daripada sekitar 700,000 orang pada 1948 kepada 7 juta orang pada hari ini.

Justeru, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka? Ikuti Siri 4 esok!

* Pembahagian kumpulan ini mengecualikan rakyat Palestin yang hidup dalam diaspora di luar negara Arab jiran ie. mereka yang kini berhijrah ke negara asing seperti US, UK, Australia dan negara-negara Eropah