Sunday

Dato' Seri Shahidan Kassim menunaikan umrah & mendoakan urusan negara

Memetik kata-kata Prof. Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin di fanpage beliau:
 
"Alhamdulillah, dalam kesibukan jadual akibat pelbagai isu terutama MH370, DS Shahidan Kassim menteri yang bertanggungjawab Majlis Keselamatan Negara terbang ke Mekah tanpa protokol dan hanya ditemani oleh saya yang kerdil ini. Beliau datang ke Mekah untuk berdoa agar Allah membantu urusan negara. Beliau hanya datang ke Mekah beberapa jam sahaja, selepas umrah dan berdoa beliau akan terus pulang dengan kapal terbang MAS yang sama. Saya inshaAllah masih di sini sendirian untuk beberapa hari. Saya memuji langkah beliau ini terutama di saat ada yang sedang berkhurafat dengan bomoh. Sebenarnya, kita semua wajib kembali bergantung kepada Allah. Mudah-mudahan Allah makbulkan.

Gambar saya dan beliau selesai tahallul sejam sebelum subuh tadi di Mekah. InshaAllah beliau akan pulang segera."