Thursday

Periksa Pelapik Brek Setiap 6 Bulan

Setiap kereta sudah pasti mempunyai brek yang berfungsi untuk memperlahan dan memberhentikannya. Dan pelapik brek (brake pad) berbeza bagi jenis enjin. Kenapa ia berbeza? Saya dah terangkan dalam artikel tentang Sistem Brek Kereta.
Periksa Pelapik Brek Setiap 6 Bulan

Break Pad akan haus disebabkan geseran yang berlaku apabila kita membrek. Dan sudah pasti ia hendaklah ditukar apabila tiba masanya. Ada sesetengah brek ada menyediakan 1 klip aluminium yang diletakkan pada break pad. Ianya akan mengeluarkan bunyi nilu yang nyaring sebagai tanda bahawa break pad kereta anda telah haus dan perlu diganti.
Tapi ada kemungkinan juga klip aluminium ini jatuh disebabkan getaran kuat kereta ataupun break pad anda tersebut tidak disertakan bersama klip aluminium ini. Jadi, anda hendaklah memeriksanya secara manual.
Bagaimana? Sudah pastilah anda kena buka tayar.
Waktu yang sesuai?
Setiap 6 bulan semasa kita hendak terbalikkan tayar kereta (tayar kiri pergi kanan, tayar kanan pergi kiri), periksa sekali pelapik brek.
Pastikan lapisan pencengkam (pada break pad) masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam haus tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama semasa membrek pada kelajuan tinggi.
Jadi, harap anda alert dengan perkara ini untuk keselamatan anda juga.
- See more at: http://www.jagakereta.com/info-penjagaan-kenderaan/penjagaan-sistem-brek/periksa-pelapik-brek-setiap-6-bulan.html#sthash.YQq2wX8u.dpuf