Wednesday

Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian (Modified car)

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang
pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :

PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN





Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

1.  Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
2.  Pemasangan door visor pada kenderaan.
3.  Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards
     (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5.   Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6.   Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7.   Penukaran kotak gear manual / automatik
8.   Pemasangan kanopi / kanvas
9.   Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
2.  Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3.  Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4.  Penukaran sistem pacuan.
5.  Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
     hadapan atau belakang kereta.
6.  Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
     warna merah / amber pada bahagian belakang.
7.  Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.




JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.

Kenderaan Persendirian

1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
2. Penukaran sistem bahan bakar.
3. Penukaran enjin.
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

Kenderaan Perdagangan

1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
3. Mengubah bilangan tempat duduk
4. Penukaran Had Berat
5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
6. Penukaran Kabin
7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
8. Mengubah Kegunaan Kenderaan
9. Penukaran Gandar
10.Penukaran Jenis Badan

Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada
Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.



SUMBER : http://www.jpj.gov.my/pengubahsuaian-kenderaan-persendirian