Wednesday

Imam Hassan AlBanna | Peranan dalam isu Palestin

Imam Hassan AlBanna | Peranan dalam isu Palestin

Tanggal 12 Februari 1949 Imam HAB telah meninggalkan kita tetapi perginya beliau telah meninggalkan kesan yang besar kepada dunia keseluruhannya hingga ke hari ini terutama perjuangan beliau dalam isu Palestin.

Imam HAB amat menitikberatkan isu Palestin ini dan berusaha untuk memperkenalkan kepada orang awam ketik...
a itu berkenaan perancangan jahat zionis terhadap bumi Palestin.

Beliau amat bersungguh-sungguh untuk memberitahu setiap rakyat Mesir dan setiap muslim di luar mesir bahawa British yg telah menjajah bumi palestin dan menghukum penduduknya dengan kesengsaraan dan penderitaan.

Beliau telah mengadakan pelbagai aktiviti kesedaran Palestin seperti ceramah, nadwah dan sesi penerangan bertujuan memberi kesedaran rakyat Mesir tentang apa yang wajib mereka lakukan terhadap umat islam di palestin.

Di samping itu juga, Imam HAB telah mengisytiharkan di dalam muktamar ke-5 bagi jamaah Ikhwanul Muslimin bahawa:

"Tanah air Islam tidak terpisah dan segala usaha pencerobohan terhadap salah satu juzuk darinya bererti pencerobohan terhadapnya secara keseluruhannya . Tidak dapat tidak umat Islam mesti berusaha untuk membebaskan negara yang dicerobohi oleh penjajah. Sesungguhnya Inggeris telah menjajah bumi palestin. Palestin merupakan tanahair kepada setiap muslim lantaran merupakan tanah para anbiya. Umat islam wajib membebaskannya dari kuasa perampasannya sepetimana wajib ke atas penduduknya membebaskannya dari orang merampasnya"

Imam HAB juga memanfaatkan pemuda-pemuda ikhwan dengan mengutus mereka ke masjid-masjid untuk memberitahu orang ramai tentang kekejaman Inggeris, keganasan dan kekerasan mereka ke atas penduduk palestin. Mereka telah mengumpulkan sumbangan dari orang awam untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Antara cara lain yang digunakan oleh Imam HAB ialah beliau telah menyebarkan sebuah buku bertajuk 'Api dan kemusnahan di Palestin'. Buku ini mempersembahkan gambaran-gambaran dan dokumen-dokumen jenayah yang dilakukan oleh British terhadap rakyat palestin. Antara gambaran-gambaran tersebut ialah pencerobohan Inggeris terhadap rumah-rumah dan beliau menggambarkan mereka mengoyak mashaf Al-Quran serta memijak-mijaknya dengan kaki mreka. Beliau menggambarkan kepada mereka hampir 50 gambaran jenayah dan penyiksaan yang dialami oleh umat Islam Palestin.

Imam HAB juga menggerakkan isu boikot majalah-majalah Yahudi di Kaherah. Beliau menyenaraikan nama-nama majalah dan pemiliknya di belakang majalah tersebut. Di akhir senarai ini beliau menulis dengan ungkapan berikut:

“setiap wang sen Mesir yang kamu bayarkan untuk majalah-majalah ini akan dimasukkan di dalam saku zionis yang digunakan untuk membeli senjata untuk membunuh sahabat seislam kamu di palestin”

Apa yang dilakukan oleh Imam HAB ini merupakan satu tindakan yang bijak yang mempunyai asas daripada sirah nabawiyyah kerana Rasulullah dan para sahabat pernah memboikot kekuatan ekonomi Yahudi di Madinah. Yahudi Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa’ memopoli kegiatan ekonomi di Maddinah dengan cara yang kotor seperti mengenakan riba kepada orang bukan Yahudi dan mengharamkan riba sesama mereka. Mereka juga menguasai telaga rumah yang akhirnya dibeli oleh saidina Usman Bin Affan manakala Rasulullah dan para sahabat membangunkan pasar bagi orang Islam yang akhirnya telah memunculkan pdagang-pedagang Islam sperti Abdul Rahman Bin Auf.

Dengan bukti ini, jelaslah kepada kita boikot ekonomi adalah senjata yang cukup berkesan dalam melumpuhkan kekuatan musuh dan membentuk pandangan umum tentang sesuatu isu. Namun tidak ramai umat ilam yang peduli tentang keperluan memboikot barangan musuh malah berterusan menggunakan barangan yang menyalurkan dana kepada Israel!

Itulah perjuangan Imam Hassan AlBanna!

Kita bagaimana?