Wednesday

SEBAB-SEBAB BERNIAGA DI INTERNET


(GAMBAR HIASAN. AL-FATIHAH untuk adik Leen, Syahid dari Syria)

2014 adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia dengan kenaikan kossara hidup. Kenaikan gaji tak setimpaldengan inflasi lebih memeritkan hidupkita.

Anda perlu bijak untuk uruskan kewangan secara berhemah. Nak tak nak, anda perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan demi menampung kos hidup seharian.

Salah satu cara yang boleh membantu anda menjana pendapatan ialah menerusi perniagaan di internet.

Mengapa perlu memulakan perniagaan di internet? Berikut ialah fakta yang wajib anda perhatikan :

1. Modal perniagaan yang rendah
Memulakan perniagaan internet tidak perlukan modal yang tinggi. Guna media sosial atau blog sudah cukup.

2. 90% pengguna ada akaun media sosial
Pengguna internet di Malaysia mempunyai akaun media sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Apa yang anda perlu buat ialah promosi produk atau servis anda pada mereka.

3. Boleh dijalankan di mana sahaja
Hanya guna telefon pintar dan tablet, anda boleh menjalankan perniagaan internet di mana sahaja anda berada.

Pelanggan anda yang ada telefon pintar dan tablet, mereka juga boleh membeli dari anda walaupun berada di mana sahaja.

4. Kos operasi yang rendah
Dengan mempunyai talian internet, anda boleh menjalankan perniagaan anda sendiri.
Tak perlu bayar sewa pejabat, elektrik air dan kos ubahsuai yang mencecah ribuan ringgit.

5. Boleh mencapai pelanggan sedunia
Terdapat 2.5 bilion pengguna internet. Jangan terkejut jika perniagaan anda mendapat pelanggan dari Amerika,
Australia, Jepun, United Kingdom, Perancis, Timur Tengah atau dari mana-mana negara.

6. Boleh dijalankan bila-bila masa
Ramai individu yang menjalankan perniagaan internet separuh masa untuk menjana pendapatan tambahan.
Waktu di rumah dan waktu lapang boleh diisi dengan waktu untuk menjalankan perniagaan internet.
Anda boleh memenuhi pesanan pelanggan ketika waktu petang, malam atau hujung minggu.

7. Pendapatan tidak terhad
Dengan teknik dan strategi perniagaan yang betul, anda boleh meraih rezeki tanpa had menerusi perniagaan ini.
Anda boleh dapat jualan RM5,000, RM50,000 atau RM150,000 dalam masa yang singkat.

Irfan Khairi juga berjaya mencapai RM1,000,000,000 dalam masa 3 tahun berniaga di internet!