Thursday

NASIHAT DARIPADA SI POKOK..



Islam mengajar supaya kita sentiasa mengenang budi. Kita mengetahui bahawa diri kita ini dicipta daripada unsur alam, seperti tanah air dan lain-lain. Maka sewajarnya kita menghargai semua anasir diri kita ini dengan cara memelihara dan memuliharanya.

Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 61:

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الأرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
 
Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadanya Dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya”.
 
 
 
Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf  ayat 56:
 
Maksudnya : " Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya,  dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap ( supaya makbul ) sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang sentiasa memperbaiki amalannya " .