Tuesday

Korean Kimbap Resepi

Assalamualaykum, hi ! Jom buat kimbap sama-sama!

Bahan-bahannya?
  • 1 paket kepingan seaweed
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 bungkus crab meat
  • 1 biji timun - dihiris memanjang
  • 3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Mayonis
  • Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula

Cara-cara

  1. Img_2600
    Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.
  2. Img_2604
    Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.
  3. Img_2603
    Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis.
  4. Img_2605
    Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).
  5. Img_2606
    Sapukan mayonis nipis dan rata di atas nasi.
  6. Img_2607
    Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot etc.
  7. Img_2610
    Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahan-bahan itu tadi.
  8. Img_2609
    Potongkan pendek2 dan hidangkan.
  9. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.