Monday

FILEM PAKU : AKIBAT TERLALU TAKSUB MENCINTAI MANUSIA



Filem ini menggandingkan dua orang pelakon berbakat sebagai suami isteri, Johan A’sari dan juga Aisyah memberikan satu pengalaman baru buat penonton filem seram. Kerana cinta, Fahmi (Johan A’sari) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aisyah) yang telah mati. 
Jika diperhatikan, Fahmi telah menerima hukuman dunia akibat melakukan perbuatan khurafat ini, seperti, beliau disantau, dan seterusnya menjadi hilang akal/pesakit psikiatri.

Bolehkah kita mencintai sesuatu/seseorang lain lebih daripada mencintai Allah dan rasul-Nya?

Kata Nabi : “Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari & Muslim)

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan sekelian manusia.” (Bukhari & Muslim)

Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?”
Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.”(Ahmad)

“Katakan: kalau bapa-bapa kamu, anak-anakmu, saudara saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri akan kerugian dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.”(Surah At Taubah : 24)