Wednesday

Felixia Yeap merasai hikmah Menutup Aurat sebagai Muslimah

 Felixia Yeap adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Baru-baru ini Felixia telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah. Menarik sungguh temubual yang diadakan olehnya. Memetik kata-katanya “Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati“. Walaupun masih belum memeluk Islam, nampaknya Felixia lebih memahami sebab Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.








Kadang-kadang Non-Muslim menghargai dan menghormati azan, serta pakaian Muslimah iaitu menutup aurat. Kita sendiri, seorang Muslim tidak mampu mendisiplinkan diri untuk mengormati azan, dengan bersembang, dan ketawa dengan terbahak-bahak ketika azan dilaungkan. Walaupun kita dilahirkan sebagai Muslim dan diajar tentang aurat ,namun masih lagi mengambil ringan dan menganggap ia hanyalah perkara yang wajib dilakukan apabila sudah berumur atau mengahadiri majlis kematian dan keagamaan. Semua bermula daripada jati diri. Jati diri sebagai seorang Muslim adalah melalui pengamalan, dan aplikasi tuntutan agama dalam pakaian, kerjaya, serta kehidupan seharian kita.
Mari kita wujudkan Ummah yang menjaga aurat. Kerana aurat mencegah maksiat dan segala kemungkaran.

Alhamdulillah, hari ini kita semakin sedar, sebagai orang-orang Islam , bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai dakwah Islam kepada mereka yang belum terima hidayah lagi. Allah mencela golongan seperti ini dalam surah Al-Baqarah ayat 140;
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.”

Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini. Allah memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam di dalam surah Ali Imran ayat 110;

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia”.
Master key’ untuk melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali-Imran ayat 64;

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ
“Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.”


Moga dengan penampilan yang ditonjolkan oleh Felixia akan memberikan inspirasi positif kepada muslimah kita agar belajar untuk menutup aurat dan istiqamah ,justeru akan meninggikan maruah seorang Muslimah dan mendapat keredhaan-NYA .inshaa ALLAH..