Thursday

Lasik Treatment Imam Muda Gaza oleh Dr. Muhaya

Lasik Treatment Imam Raid bersama Dr. Muhaya | 22/07/13

Dr. Muhaya hari ini berbesar hati untuk memberikan rawatan mata percuma kepada Imam Muda Gaza - Imam Raid. Imam Raid dijadualkan untuk mengadakan pembedahan kecil matanya pada Rabu ini. Moga pembedahan ini berjalan lancar.

Komen Dr. Muhaya sewaktu rawatan mata Imam Raid, "You have a beautiful pair of eyes. Sesiapa yang mempunyai Al-Quran dal...

am hatinya, Allah pasti akan pelihara dirinya."

Dr Muhaya juga terkejut kerana kebiasaanya pada hari Isnin, hanya stafnya yang akan melakukan rawatan. Tetapi, hari ini Dr. Muhaya mempunyai kelapangan waktu untuk melakukan sendiri rawatan terhadap Imam Raid. Ada pesakit yang telah membatalkan temujanji pada saat akhir dan Dr. Muhaya katakan, ianya adalah baraqah dan kemudahan yang dikurniakan Allah SWT.

Terima kasih Dr. Muhaya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik Dr.