Friday

Geng Buli SMK Tun Hussien Onn Kena Berkas!


Video Ketua Tingkatan dibuli. Macam anak ayam kena tendang dibuatnya,tapi nasib mangsa tu cool,tak jatuh pun. Membara aku tengok video ni. haihh.
Sebab diorang pukul ni ,ketua tingkatan tu pi lapor kat cikgu,kata depa ni bawak handphone ke sekolah. kah kah. pasai tu pun nak pukul ke. ingat ke curi duit ribu-ribu ke. hahaa.





Dan akhirnya...kena berkas jugak sebab sendiri ambik video, pi upload kat FB. Orang Share,terus sampai ke pihak PDRM (polis). Hahaha. 'Bijak ' betul gangster Lan todak pelesu ni. aka Lan Katak,bak kata hackers Rilekscrew. aha.


Geng Buli SMK Tun Hussien Onn Kena Berkas

Geng Buli SMK Tun Hussien Onn Kena Berkas



Geng Buli SMK Tun Hussien Onn Kena Berkas
(haha.sapa ntah edit Lan Todak ni.hehe)

(terkini dari OhMedia)


Adik-adik,pergi sekolah belajar betul-betul. Elak diri dari gejala sosial atau jenayah macm ni.. zaman sekarang susah tau nak cari kerja kalau tak ade kelulusan elok,i mean if you want for stable income. Tak ada kerja,mana nak cari duit?  Tak ada duit macam mana nak ada rumah,air,elektrik,internet dan ohhh baju pun tak boleh beli.(spender ape tah lagi) Kalau awak pewaris harta juta-juta nak buat,tak tau lah nak komen macam mana kan.ahaks.

Kalau dah nama buruk sebab kes macm ni,tak ke akan malukan mak ayah and gelap masa depan...1 Malaysia akan kecoh beb. Jadi,beringat dan waspada. 

Yang Melayu,Muslim pulak,benda-benda buli macam ni langsung tak pernah diajar oleh Rasulullah SAW..Ada apa-apa konflik,settle face to face,secara damai. Biasalah kalau ada yang tak puas hati. But,please. against Violence please. Kalau mangsa tu pecah buah pinggang ke,hati robek ke jantung terkoyak ke,tak ke naya korang kena hukum sampai gantung? (ok,hiperbola sangat) 
Tapi,fikirlah sebaiknya..Jangan nak ngamuk je. Kalau suke sangat ngamuk,tanda banyak syaitan dalam badan, bawak-bawaklah berzikir dan solat sunat. Semoga ALLAh ampunkan dosa kita semua,hamba-hambaNya.. Oh ye,yang pembuli a.k.a samseng cikai tu,kalau boleh buat solat taubat lepas ni. Jangan buat dah lepas ni k. Buat malu orang Penang ja hampa nih. haihhh. Ok sekian,ceramah hari ini.
Wassalam..


zikir