Wednesday

jangan menghina yang lain!


sakit hati sangat
bila dulu kata cinta
bila dulu ucap sayang

tiba-tiba apabila si dia ditimpa musibah
kamu ucap kata-kata nista
Bodoh,!! Malang,!! bangang!!
semua pun ada.
macam-macam ada.

kamu hina orang berniaga
tidak ada masa depan
akan muflis kononnya
satu hari nanti
apa kamu lupa nabi dulu pernah berniaga??

kamu tak pernah rasa
bagaimana si dia sebenar-benar menanggung kesakitan
dengan rasa malu orag memandang 
seolah-olah macam pesakit kena HIV
kamu ada rasa itu??

Kamu ada rasa seperti maut di hujung tanduk?
eh nyawa di hujung tanduk?
yang kamu kena guling-guling untuk menahan 
rasa itu.
Kamu tak rasa.
Kamu tak rasa bila ada 'benda' lain yang mengawal diri kamu.
tidak pernah kan??

Jadi mengapa kamu mudah menghina si dia?
kamu fikir ayat orang tua kamu sahaja yang betul
betul dan sempurna.
baik, tak apa.
boleh terus terima pilihan mereka.
terima yang sekufu kamu
kahwinlah dengan pilihan mereka
kamulah untuk orang yang paling sempurna
kamulah akan sepadan dengan yang paling cantik

pergi.
dah terlupa.
betul sudah lupa.
sebab sakit sangat hati si dia.
kamu carik-carikkan.
kamu nak cantum balik macam kain batik lama??
perggghh. 

si dia sudah tiada perasaan.

Dalam kau menghina si dia malang,
terlalu luas nikmat daripada Tuhan yang dirasakan
terlalu bertuah rasa,tatkala Tuhan memberikan ujian fizikal & mental ketika masih di awal 20-an

sungguh DIA Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

dan....

kamu nampak ujian itu satu bebanan! Bala ! 
sedihnya.
Nipis akal kamu  yang berpaksi pada keduniaan dan logika manusia masa kini

sudah.

Jangan cari dia lagi.
dan
jangan cari aku lagi.
aku sahaja tahu apa yang si dia rasa.
selain Rabbi.