Friday

tepuk dada kamu rasa apa?

kamu beruntung
beruntung,tiada siapa kisah bilamana keputusan peperiksaan tidak menggembirakan
kamu masih budak sekolah
nikmati hidup seperti status itu
tidak dimarahi bila kamu buat kesalahan
paling teruk ditegur
nada yang tidak memercik
tidak kena pekik lolong

aku ingin jadi macam kamu
bila mahu keluar ke sana ke mari
bersama teman
tak perlu berbohong
tak perlu reka cipta cerita
pada sesiapa
hati kamu tenang
riang membesar secara normal seperti orang lain
boleh bersosial secara sihat bersama teman sebaya..
bukan nak menggatal
cukup bertukar fikiran dan maklumat
sambil gelak tawa
laksana manusia

Kamu beruntung
bila kamu tidak dimarahi bila tidak mengambil pengajian yg kritikal
kamu ambil bidang yg mudah
untuk sekadar ada ijazah ditangan
tak apa
orang lain tak heboh mana.
cukup masa kau kahwin sajalah.
aku tak boleh.
banyak mata,telinga nak tahu aku pergi mana. buat apa.
mengata bla bla bla.
dan daripada mereka,hanya 1% yg benar menyayangi,99% hanya mahu tahu cerita
untuk mengata belakang aku
untuk membanding dengan anaknya,anak itu,anak ini.
ya,aku akui.
aku tak sempurna
tak sebijak mana
tak secerdik itu
ya, aku sedar!!!! (jerit dalam puas)

bagusnya,
tak ada yang mempertikaikan setiap keputusan kamu
tidak ada yang menganggap kamu sebagai pesaing
pesaing dalam pelajaran,kerjaya,bla bla bla
yang mahu berlumba kejayaan kononnya,dengan kamu
perkara paling membabikan aku pernah rasa.

kamu mungkin tak rasa macam mana orang mengampu kamu
perasaan dipuji (kononnya)
sebab masa depan kamu konon akan cerah
tetapi
kamu untung
tak ada siapa maki
bila kamu dilanda musibah
kamu boleh ceritakan masalah kamu
pada orang terdekat kamu
sedarah dengan kamu
mereka mendengar
dan mahu membantu
tak seperti aku
menagih dan mencari orang tak dikenali,
sahabat yang baru dikenali
dijadikan tempat untuk mengadu
yang berpenat lelah membantu aku
menyelesaikan permasalahan aku
mereka adalah orang aku sangat sayang
mereka dihantar oleh ALLAH
aku kenang mereka sangat-sangat!

bila kamu tersungkur
jatuh sebab kamu dah tak mampu
 kamu patut syukur tak dihina
masih berpeluang bernafas dan berjaya di bidang lain
tiada orang marah, sentap dengan kamu!
kamu mahu kahwin bila,dengan siapa,bagaimana kehidupan kamu,
tiada yang bising
kau ditempat aku
kau akan rasa takut nak fikir hal pasangan sekali pun
keadaan tak mengizinkan.
rasa sangat bodoh jika aku fikir hal itu.
sampai begitu
aku bekukan perasaan sayang aku pada seseorang
keadaan tak melayakkan aku!

Kamu untung
sebab tak perlu lalui tekanan-tekanan yang aku rasai
yang kadang aku rasa semakin membunuh 
untuk selama hidup aku.
dan..
manik-manik air mata kamu tak perlu ditumpahkan
kamu tak perlu berperang dengan diri kamu
sebab kamu boleh berbahagia
dengan umur kamu
menjalani kehidupan seperti biasa
biasa normal yang orang lihat ..

Aku sedih bila kamu fikir aku macam-macam
aku bukan seburuk kamu fikirkan
aku ingat kamu dalam diam,kawan
aku sayang kamu dalam ilusi hati aku..
walau aku dosanya bertimbun
aku tetap doa kamu,kamu berjaya selamat
aku akan jumpa kamu juga,
nanti
bukan sekarang.

kadang aku nak jadi macam kamu. semudah diri kamu.
 tak perlu berdrama
tak perlu emosi
tak perlu menimbulkan riuh-rendah
tak perlu memekik
untuk orang mendengar setiap jalan yang kamu pilih
Selalu rasa senang
dan
orang sekeliling kamu berbahasa lembut
bukan lidah tajam suka mengherdik yang kadang berlagak baik
yang kamu tak pernah hadapi lagi
sehingga lidah terpaksa mengeraskan bahasa.
dari pendiam kamu perlu menjadi seorang yang lancang!

walau sedalam mana aku mahu berada di alam hidup kamu,
tetapi aku syukur seadanya aku.
ini yang aku lalui.
aku tak akan izinkan keturunan aku laluinya nanti!