Thursday

malang si perempuan

perempuan itu..
sedang melawan arus
tapi tiada kekuatan batin lahiriah
dia tangis siang..malam..
dia tertanya-tanya apakah pilihan antara 'nasib' dan 'kecintaannya'
dia tekad pada kecintaannya..
kerana kecintaan memberinya hidup..kebahgiaan sebalik ukiran senyuman
buat apa memilih nasib yang buat dia rasa kosong.?
'nasib' telah buatnya cukup luka dan hilang diri serta akal !!!!!

kenapa manusia tunding jari padanya ?
dengan kata-kata busuk?
dengan ungkapan dia 'tak berguna'?

perempuan itu..
tak minta 'emas' yang diterimanya untuk ''membunuhnya" sekarang
dia mendapat 'emas' dan berinya pada insan sekeliling untuk bahgia..
dia pilih sebuah 'denai' dari 'emas' itu,ya Tuhan..
'denai' bukan untuknya,ya Tuhan..
Kenapa dia lemah,ya Tuhan..
perempuan itu cuba berpaling ke jernihan muara..
tapi 'denai' itu bawanya jauh..kesempitan kesesakan dan kepiluan,ya Tuhan..

perempuan itu..
mahu bangkit..
tapi jatuh kembali..tiada dahan untuk berpaut
ada aura jahat..bisikkan padanya
putuskan saja nyawa dari jasadmu...!!!!
hidupmu hanya memberi najis kebusukan melampau pada mereka!!
kamu hanya ibarat kayu,akan hapus dimamah anai-anai
hidup kamu lagi hina dari pesakit AIDS dan mangsa perkosa!!
satu persatu kawan kenalan kamu akan meninggalkan hidup kamu!
kamu akan hilang sesiapa yang kamu cinta!!!

tak siapa mahu hidup dengan perempuan itu
tiada orang tua akan mahu mengahwinkan anaknya dengan perempuan itu
dia tidak punya apa-apa
baik rupa,harta,mahu takhta......
tiada maruah
kerna buang 'maruah' itu!

malangnya si perempuan itu..

dunia,insan,
maafkanlah perempuan itu atas setiap salahnya
setiap kesusahan dia ciptakan
sesungguhnya dia tiada niat ke arah itu
dia cuma tidak dapat tanggung lagi
dia tidak jumpa dirinya sebenar
dia lemas dalam 'nasib' yang orang cuba harapkan padanya.
perempuan itu sungguh mohon ampun maaf..

tuhan..
cabutlah nyawa perempuan itu..
darinya mati dalam kesyirikan durja..

tapi..

perempuan itu..


hasil karya asli Aena Noor Janna. untuk copy paste,sila berikan kredit pada penulis. terima kasih.