Thursday

malang si perempuan

perempuan itu..
sedang melawan arus
tapi tiada kekuatan batin lahiriah
dia tangis siang..malam..
dia tertanya-tanya apakah pilihan antara 'nasib' dan 'kecintaannya'
dia tekad pada kecintaannya..
kerana kecintaan memberinya hidup..kebahgiaan sebalik ukiran senyuman
buat apa memilih nasib yang buat dia rasa kosong.?
'nasib' telah buatnya cukup luka dan hilang diri serta akal !!!!!

kenapa manusia tunding jari padanya ?
dengan kata-kata busuk?
dengan ungkapan dia 'tak berguna'?

perempuan itu..
tak minta 'emas' yang diterimanya untuk ''membunuhnya" sekarang
dia mendapat 'emas' dan berinya pada insan sekeliling untuk bahgia..
dia pilih sebuah 'denai' dari 'emas' itu,ya Tuhan..
'denai' bukan untuknya,ya Tuhan..
Kenapa dia lemah,ya Tuhan..
perempuan itu cuba berpaling ke jernihan muara..
tapi 'denai' itu bawanya jauh..kesempitan kesesakan dan kepiluan,ya Tuhan..

perempuan itu..
mahu bangkit..
tapi jatuh kembali..tiada dahan untuk berpaut
ada aura jahat..bisikkan padanya
putuskan saja nyawa dari jasadmu...!!!!
hidupmu hanya memberi najis kebusukan melampau pada mereka!!
kamu hanya ibarat kayu,akan hapus dimamah anai-anai
hidup kamu lagi hina dari pesakit AIDS dan mangsa perkosa!!
satu persatu kawan kenalan kamu akan meninggalkan hidup kamu!
kamu akan hilang sesiapa yang kamu cinta!!!

tak siapa mahu hidup dengan perempuan itu
tiada orang tua akan mahu mengahwinkan anaknya dengan perempuan itu
dia tidak punya apa-apa
baik rupa,harta,mahu takhta......
tiada maruah
kerna buang 'maruah' itu!

malangnya si perempuan itu..

dunia,insan,
maafkanlah perempuan itu atas setiap salahnya
setiap kesusahan dia ciptakan
sesungguhnya dia tiada niat ke arah itu
dia cuma tidak dapat tanggung lagi
dia tidak jumpa dirinya sebenar
dia lemas dalam 'nasib' yang orang cuba harapkan padanya.
perempuan itu sungguh mohon ampun maaf..

tuhan..
cabutlah nyawa perempuan itu..
darinya mati dalam kesyirikan durja..

tapi..

perempuan itu..


hasil karya asli Aena Noor Janna. untuk copy paste,sila berikan kredit pada penulis. terima kasih.

Wednesday

Cinta Selepas Nikah

aku buka cerita aku
bukan untuk diinjak-injakkan
aku katakan padamu
kepelikan aku alami
bukan jadi bahan risaumu

boleh kau percaya aku?

aku minta satu tinta
yang dalam sujud pun aku harapkan sedari dulu

naif
daifnya aku

damba kasih aku buatkan diriku jadi pilu
kenapa kau hilang?
hilang sayang.

kenapa kau bilang aku gila, sayang?
kenapa kau sinis pada aku, sayang?

aku bukan pondan pondan jalanan minta kau datang sekejap
aku bukan suka sesuka mahu gadaikan maruah

satu aku pinta kembali
jika aku bukan dipilih sebagai suri hatimu
ibunya pada cahaya mata mu nanti itu
jangan ucap sayang padaku
atau ungkapan I LoVE you


aku ingin pesan sama kalian insan insan
jangan kejar jodoh,kerna jodoh akan sampai pada kamu satu hari nanti.
bagaimanakah itu wahai pujangga?
dia akan meminangmu,dengan kalimah 'Bismillah'..bukan dgn maksiat.
dan masa itu, hati kamu berasa sejuk utk menerimanya..
kamu bersedia walaupun kamu patah seribu sayap sayap diudara
dia ada
bimbing kamu,
tiupkan semangat kamu
seolah olah kamulah yang  berkuasa di sebuah negeri
kamulah tercantik bak bidadari
saat itu
hadiahkanlah dia seluhur cintamu
pahatkan tanggungjawab pada agamamu sedalam-dalamnya
kerna itu redha yang si dia cari darimu
mana mungkin dia mahu melihatmu melakukan dosa ? iyakan??

nah,
"apa pilihan mu anak muda."
aku pilih cinta selepas nikah,bonda.
"alhamdulillah,indahnya keturunanku.Syukur."


--moga dia insan yg akan hadir adalah yang Soleh dan benar2 mahu membimbing aku, Ya RAbbi..

hasil karya asli Aena Noor Janna. untuk copy paste,sila berikan kredit pada penulis. terima kasih.

Sunday

breath once again!

kenapa bila Maulidur Rasul baru diri terhegeh-hegeh nak ungkap SELAWAT ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W ??
Bila tahu ada sambutan Maulidur rasul,malam hari baru cari-cari buku agama or google Selawat Nabi,kalau boleh nak yang ada bacaan arab di-Melayukan(Rumi)..
sebab ape,senang nanti nak print,fotostat ,then bagi kat kawan-kawan yang nak berarak esok pagi.."Kalau salah baca,naya kena gelak dengan kawan-kawan pejabat. Baju dah lah segak,kang jatuh saham lakk."

hakikatnya hidupkanlah Sunnah Junjungan Besar kita..jika kita benar menyintai Baginda..
bukan sebab hari ni hari Maulidur Rasul Sambutan Kebangsaan yang Ke-______
Berselawat,bukan hanya pada hari ini SAHAJA..tapi esok esok dan esok yang mendatang ..
kau tak setuju lantak kau lah.sekadar nasihat sahaja. ampun andai melukai.