Saturday

sedih....




sedih......

pabila yang kita inginkan dulu telah hilang.....
kita hilang dalam kenikmatan tuhan pernah berikan....
kita gagal dalam mengekalkan kelangsungan darjat dan kemampuan diri.....

ia hilang..


hilang........begitu sahaja......


hilang sekelip mata....


pada siapa kamu mahu mengadu......?


pada DIA kamu minta untuk kehilangan itu...!!!

kamu tak malu kah untuk meminta kembali????

kan kamu telah gagal dalam ujianNYA ??

sedih...

tapi setidaknya,kamu berasa bersyukur......

kamu peroleh hikmah..

Bagaimana cara untuk bersyukur.. 

Syukur..nikmat hari ini kamu peroleh... tetapi mungkin dalam medium yang berbeza..

bersyukurlah dengan hembusan nafas oksigen...dan darah yang mengalir dapat memberikan nutrien pada sel tubuhmu...


itu tandanya..
kamu masih boleh beribadah..
untuk mengejar nikmat 'JANNAH-NYA'....





my nephew. do not related to the poem above. tapi serious,yusuf memang paling comel di dunia.
wahhahaha!

Sunday

tentang tanggungjawab.

dinilai kembali
apa tanggungjawab kamu;
yang kamu ada?
sedia ada?
sudah kamu selesaikan dan galas dengan baik??

Apa tanggungjawab di persisir fikiran kamu
atau kamu tak nampak
sebenarnya apa itu
tanggungjawab

ia mudah.
ada
wujud
dengan sendirinya.
dewasanya tubuh kamu
meningkatnya umur kamu
muncul pelbagai kategori tanggungjawab itu.
kamu tak sedar pun
ia ada

sebab..

kamu itu..

dalam ANGAN TAK SEDAR !!!!

tapi belum terlambat.

hey hey! tunggu duluuu!

Selesaikan satu  persatu taggungjawabmu itu. 
perlahan-lahan...........
pada AGAMAmu,IBU BAPA mu,
Negaramu,saudara mara,haiwan,makhluk tuhan
 dan selain darinya...
nak cakap tentang stress/tekanan. setiap inci akan stress.
bersabar.bersabarlah... :)
pelangi akan muncul jua..disebalik penat lelah kamu menyempurnakan
 tanggungjawabmu ituuuu...


Wednesday

patah hati


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU

RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA



KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA



PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
by: Saujana, http://liriknasyid.com





“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang apa yang harus mereka infakkan
katakanlah
“Harta apa sahaja yang kalian infakkan
hendaknya diperuntukan bagi kedua orang
tua, kerabat, ANAK YATIM, orang miskin,
orang dalam perjalanan. Dan kebaikan apa
sahaja yang kalian kerjakan, maka
sesungguhnya Allah Maha  Mengetahui
(Al-Baqarah 2:215)


AQSA SYARIF BERHAD
No 18 Jalan Damai Mewah 2
Taman Damai Mewah
43800 Kajang Selangor
Tel: 013-7444760 (Pn. Sharifah) 
03-87334636 (Pejabat)
Fax: 03-87349636
Email: admin@aqsasyarif.org.my
www.aqsasyarif.org.my


Monday

Sayonara my zaman jahiliah! i hope we will NEVER meet again!



alhamdulillah
syukur
semakin rasa hikmah atas apa yang telah berlaku
baik buruk 
tindakan lalu;
kita tak mungkin akan padam
tak mampu nak luntur dengan secawan klorox
tetapi....
boleh diubah penilaiannya
dengan berdoa kepada Yang Maha ESA..
dia Maha Mengetahui..

Cuba,
untuk terus perbaiki diri sendiri
peroleh motivasi diri 
hidupkan kembali zarah-zarah semangat berjuang dalam hidup..
yang dahulu terlalu lupa
sebab mengapa Allah menghidupkan diri ini..

Bagaimana harus bermula.??
Dari sikap,perangai,akhlak.
dan terutama sekali,dari segi pakaianku..
Ayuh kita mulakan langkahhhh!!!!!

Sudah.cukup sudah.
tinggalkanlah ke belakang semua baju kebaya ,tshirt yang hanya menampakkan susuk badan.
yang membuatkan orang bergurau senda dengan menilai setiap inci badan
benarlah
kadang menimbulkan riak,kadang sedih,kadang benci..
semua itu pinjaman sahaja..
Berusaha.
membudayakan diri untuk memakai pakaian  yang mengikut syariat Islam.
walaupun bertemu dugaan,masalah kewangan.
inshaALLAh
akan muncul rezeki untuk dimudahkan membeli pakaian & tudung yang sepatutnya.

Pesan saya, "Bersangka baik pada ALLAH.. Dia sangat kasih pada hamba-hambaNYA..sungguh saya dapat rasakannya"...
.....................................

Nanti apabila ada masa terluang,saya akan ceritakan bagaimana saya dirawat menggunakan kaedah perubatan Al-Quran..terima kasih kepada keluarga yang amat saya kasihi. 


Friday

tepuk dada kamu rasa apa?

kamu beruntung
beruntung,tiada siapa kisah bilamana keputusan peperiksaan tidak menggembirakan
kamu masih budak sekolah
nikmati hidup seperti status itu
tidak dimarahi bila kamu buat kesalahan
paling teruk ditegur
nada yang tidak memercik
tidak kena pekik lolong

aku ingin jadi macam kamu
bila mahu keluar ke sana ke mari
bersama teman
tak perlu berbohong
tak perlu reka cipta cerita
pada sesiapa
hati kamu tenang
riang membesar secara normal seperti orang lain
boleh bersosial secara sihat bersama teman sebaya..
bukan nak menggatal
cukup bertukar fikiran dan maklumat
sambil gelak tawa
laksana manusia

Kamu beruntung
bila kamu tidak dimarahi bila tidak mengambil pengajian yg kritikal
kamu ambil bidang yg mudah
untuk sekadar ada ijazah ditangan
tak apa
orang lain tak heboh mana.
cukup masa kau kahwin sajalah.
aku tak boleh.
banyak mata,telinga nak tahu aku pergi mana. buat apa.
mengata bla bla bla.
dan daripada mereka,hanya 1% yg benar menyayangi,99% hanya mahu tahu cerita
untuk mengata belakang aku
untuk membanding dengan anaknya,anak itu,anak ini.
ya,aku akui.
aku tak sempurna
tak sebijak mana
tak secerdik itu
ya, aku sedar!!!! (jerit dalam puas)

bagusnya,
tak ada yang mempertikaikan setiap keputusan kamu
tidak ada yang menganggap kamu sebagai pesaing
pesaing dalam pelajaran,kerjaya,bla bla bla
yang mahu berlumba kejayaan kononnya,dengan kamu
perkara paling membabikan aku pernah rasa.

kamu mungkin tak rasa macam mana orang mengampu kamu
perasaan dipuji (kononnya)
sebab masa depan kamu konon akan cerah
tetapi
kamu untung
tak ada siapa maki
bila kamu dilanda musibah
kamu boleh ceritakan masalah kamu
pada orang terdekat kamu
sedarah dengan kamu
mereka mendengar
dan mahu membantu
tak seperti aku
menagih dan mencari orang tak dikenali,
sahabat yang baru dikenali
dijadikan tempat untuk mengadu
yang berpenat lelah membantu aku
menyelesaikan permasalahan aku
mereka adalah orang aku sangat sayang
mereka dihantar oleh ALLAH
aku kenang mereka sangat-sangat!

bila kamu tersungkur
jatuh sebab kamu dah tak mampu
 kamu patut syukur tak dihina
masih berpeluang bernafas dan berjaya di bidang lain
tiada orang marah, sentap dengan kamu!
kamu mahu kahwin bila,dengan siapa,bagaimana kehidupan kamu,
tiada yang bising
kau ditempat aku
kau akan rasa takut nak fikir hal pasangan sekali pun
keadaan tak mengizinkan.
rasa sangat bodoh jika aku fikir hal itu.
sampai begitu
aku bekukan perasaan sayang aku pada seseorang
keadaan tak melayakkan aku!

Kamu untung
sebab tak perlu lalui tekanan-tekanan yang aku rasai
yang kadang aku rasa semakin membunuh 
untuk selama hidup aku.
dan..
manik-manik air mata kamu tak perlu ditumpahkan
kamu tak perlu berperang dengan diri kamu
sebab kamu boleh berbahagia
dengan umur kamu
menjalani kehidupan seperti biasa
biasa normal yang orang lihat ..

Aku sedih bila kamu fikir aku macam-macam
aku bukan seburuk kamu fikirkan
aku ingat kamu dalam diam,kawan
aku sayang kamu dalam ilusi hati aku..
walau aku dosanya bertimbun
aku tetap doa kamu,kamu berjaya selamat
aku akan jumpa kamu juga,
nanti
bukan sekarang.

kadang aku nak jadi macam kamu. semudah diri kamu.
 tak perlu berdrama
tak perlu emosi
tak perlu menimbulkan riuh-rendah
tak perlu memekik
untuk orang mendengar setiap jalan yang kamu pilih
Selalu rasa senang
dan
orang sekeliling kamu berbahasa lembut
bukan lidah tajam suka mengherdik yang kadang berlagak baik
yang kamu tak pernah hadapi lagi
sehingga lidah terpaksa mengeraskan bahasa.
dari pendiam kamu perlu menjadi seorang yang lancang!

walau sedalam mana aku mahu berada di alam hidup kamu,
tetapi aku syukur seadanya aku.
ini yang aku lalui.
aku tak akan izinkan keturunan aku laluinya nanti!

recent

Now and then I think of when we were togetherLike when you said you felt so happy you could dieI told myself that you were right for meBut felt so lonely in your companyBut that was love and it's an ache I still remember
You can get addicted to a certain kinda sadnessLike resignation to the end, always the endSo when we found that we could not make senseWell you said that we would still be friendsBut I'll admit that I was glad that it was over
But you didn't have to cut me offMake it like it never happened and that we were nothingI don't even need your love, but you treat me like a strangerAnd that feels so rough
No, you didn't have to stoop so lowHave your friends collect your recordsAnd then change your numberGuess that I don't need that thoughNow you're just somebody that i used to know

Wednesday

pilih.tidak memilih.telah memilih.lepas memilih.berdolak-dalik

kita dibenarkan untuk memilih
walaupun hakikat tak bisa memilih
kerna hidup ini katanya tak banyak pilihan
walau jauh nun sana kau pilih
itu bukan dan belum tentu pilihan asli

apa asli pilihan itu?

bila kuasa untuk memilih 
tidak ada,atau tak pernah wujud
pilih dan pilih
lalu lah dalam jurang pilihan itu
manis kata mereka 
atau hanya direka

tiba-tiba tersembam
tiba-tiba lopak-lopak luka terjadi
darahnya mengalir..merah sangat oi !
dan langsung terdengar,
"ha,siapa suruh kau pilih,lantak kaulah sekarang macam mana punn!"
"hmm tu lah kamu ni anak muda suka sangat salah buat pilihan!"

aikk??

busuk sangat ke pilihan itu.

dahulu yang tu kamu agungkan sangat.
gambar ada kena mengena.kalau tak ada pun apa kau kisah kan kan..

...................................
a poem by Aena. 
not related to anybody,everybody,nobody body,.
this is for thinking purposes only.
*peace!*

Sunday

this is what you need.you wanted to.

 
                                      a poem by Aena.2012.

you wanted me to become your wife..
your wife..
you wanted me to become a doctor..
a doctor..
and it's not me..
not me..
your family wanted me to become a doctor..
a doctor..
and it's not me..
not me..

they don't understand my desire,passion
never wanted to know
never..
you make big demand on me..
on me..
yet you know nothing about me..
i don't ask your money,your time to meet me
i don't
we are far..
i understand
this is just me..
starving for your understanding and support
yet you just left me alone
you left me
you hate me
walk away with your degree
proudly saying goodbye to me..
proudly to say you're leaving me...
because i'm just stupid.
stupid as they said.

you always asking,asking
forcing me
to become a doctor..
and
finally i realize..........
you need a doctor in your life
not a wife like me...
not like me..
just like they said to you.

and this,

the end of story.full stop.

ohh,waitttt!!
i know myself. i can live. 
with my brain.and trust towards ALLAH swt.

Tuesday

bangkit

 
Jika kita kenal kemampuan kita,bakat kita,kebijaksanaan kita,kemajuan dan kejayaan yang boleh kita kecapi,berusahalah sekeras-kerasnya jangan biarkan rasa itu dibunuh oleh kata-kata orang lain yg negatif,yang hanya merendahkan kamu. 
Berjaya bukan hanya dalam akademik semata-mata. 
Sekali kamu jatuh dalam pelajaran,dan orang mengecam,mencari salah kamu,itu hanyalah asam garam.
LIFE MUST GO ON!!
--aena noor janna--

Thursday

malang si perempuan

perempuan itu..
sedang melawan arus
tapi tiada kekuatan batin lahiriah
dia tangis siang..malam..
dia tertanya-tanya apakah pilihan antara 'nasib' dan 'kecintaannya'
dia tekad pada kecintaannya..
kerana kecintaan memberinya hidup..kebahgiaan sebalik ukiran senyuman
buat apa memilih nasib yang buat dia rasa kosong.?
'nasib' telah buatnya cukup luka dan hilang diri serta akal !!!!!

kenapa manusia tunding jari padanya ?
dengan kata-kata busuk?
dengan ungkapan dia 'tak berguna'?

perempuan itu..
tak minta 'emas' yang diterimanya untuk ''membunuhnya" sekarang
dia mendapat 'emas' dan berinya pada insan sekeliling untuk bahgia..
dia pilih sebuah 'denai' dari 'emas' itu,ya Tuhan..
'denai' bukan untuknya,ya Tuhan..
Kenapa dia lemah,ya Tuhan..
perempuan itu cuba berpaling ke jernihan muara..
tapi 'denai' itu bawanya jauh..kesempitan kesesakan dan kepiluan,ya Tuhan..

perempuan itu..
mahu bangkit..
tapi jatuh kembali..tiada dahan untuk berpaut
ada aura jahat..bisikkan padanya
putuskan saja nyawa dari jasadmu...!!!!
hidupmu hanya memberi najis kebusukan melampau pada mereka!!
kamu hanya ibarat kayu,akan hapus dimamah anai-anai
hidup kamu lagi hina dari pesakit AIDS dan mangsa perkosa!!
satu persatu kawan kenalan kamu akan meninggalkan hidup kamu!
kamu akan hilang sesiapa yang kamu cinta!!!

tak siapa mahu hidup dengan perempuan itu
tiada orang tua akan mahu mengahwinkan anaknya dengan perempuan itu
dia tidak punya apa-apa
baik rupa,harta,mahu takhta......
tiada maruah
kerna buang 'maruah' itu!

malangnya si perempuan itu..

dunia,insan,
maafkanlah perempuan itu atas setiap salahnya
setiap kesusahan dia ciptakan
sesungguhnya dia tiada niat ke arah itu
dia cuma tidak dapat tanggung lagi
dia tidak jumpa dirinya sebenar
dia lemas dalam 'nasib' yang orang cuba harapkan padanya.
perempuan itu sungguh mohon ampun maaf..

tuhan..
cabutlah nyawa perempuan itu..
darinya mati dalam kesyirikan durja..

tapi..

perempuan itu..


hasil karya asli Aena Noor Janna. untuk copy paste,sila berikan kredit pada penulis. terima kasih.

Wednesday

Cinta Selepas Nikah

aku buka cerita aku
bukan untuk diinjak-injakkan
aku katakan padamu
kepelikan aku alami
bukan jadi bahan risaumu

boleh kau percaya aku?

aku minta satu tinta
yang dalam sujud pun aku harapkan sedari dulu

naif
daifnya aku

damba kasih aku buatkan diriku jadi pilu
kenapa kau hilang?
hilang sayang.

kenapa kau bilang aku gila, sayang?
kenapa kau sinis pada aku, sayang?

aku bukan pondan pondan jalanan minta kau datang sekejap
aku bukan suka sesuka mahu gadaikan maruah

satu aku pinta kembali
jika aku bukan dipilih sebagai suri hatimu
ibunya pada cahaya mata mu nanti itu
jangan ucap sayang padaku
atau ungkapan I LoVE you


aku ingin pesan sama kalian insan insan
jangan kejar jodoh,kerna jodoh akan sampai pada kamu satu hari nanti.
bagaimanakah itu wahai pujangga?
dia akan meminangmu,dengan kalimah 'Bismillah'..bukan dgn maksiat.
dan masa itu, hati kamu berasa sejuk utk menerimanya..
kamu bersedia walaupun kamu patah seribu sayap sayap diudara
dia ada
bimbing kamu,
tiupkan semangat kamu
seolah olah kamulah yang  berkuasa di sebuah negeri
kamulah tercantik bak bidadari
saat itu
hadiahkanlah dia seluhur cintamu
pahatkan tanggungjawab pada agamamu sedalam-dalamnya
kerna itu redha yang si dia cari darimu
mana mungkin dia mahu melihatmu melakukan dosa ? iyakan??

nah,
"apa pilihan mu anak muda."
aku pilih cinta selepas nikah,bonda.
"alhamdulillah,indahnya keturunanku.Syukur."


--moga dia insan yg akan hadir adalah yang Soleh dan benar2 mahu membimbing aku, Ya RAbbi..

hasil karya asli Aena Noor Janna. untuk copy paste,sila berikan kredit pada penulis. terima kasih.

Sunday

breath once again!

kenapa bila Maulidur Rasul baru diri terhegeh-hegeh nak ungkap SELAWAT ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W ??
Bila tahu ada sambutan Maulidur rasul,malam hari baru cari-cari buku agama or google Selawat Nabi,kalau boleh nak yang ada bacaan arab di-Melayukan(Rumi)..
sebab ape,senang nanti nak print,fotostat ,then bagi kat kawan-kawan yang nak berarak esok pagi.."Kalau salah baca,naya kena gelak dengan kawan-kawan pejabat. Baju dah lah segak,kang jatuh saham lakk."

hakikatnya hidupkanlah Sunnah Junjungan Besar kita..jika kita benar menyintai Baginda..
bukan sebab hari ni hari Maulidur Rasul Sambutan Kebangsaan yang Ke-______
Berselawat,bukan hanya pada hari ini SAHAJA..tapi esok esok dan esok yang mendatang ..
kau tak setuju lantak kau lah.sekadar nasihat sahaja. ampun andai melukai.