Saturday

tuhan..padamu ada kedamaian...

"...................Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama................."


Assalamualaykum...
Salam ramadhan i wish to all of muslims over the world.......

Be though in this month..


wht make me wanna write an entry today is regarding this fasting month..

about gastritis..atau gastrik aahh..
selalu kalau bulan puasa aja ini sangatlahhh popular..
stuju?????
so,

What is gastritis yea frens?????

Gastritis is not a single disease, but several different conditions that all have inflammation of the stomach lining.


ok, i would like to explain this in Malay.. dun mind yea...hiihii


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik.....

  • Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

  • Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.
  • Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut.
  • Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
  • Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.
  • Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Gastritis terbahagi kepada dua:

a. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan

oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

b. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Gejala

· Sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.

· Rasa pening kepala.

· Terasa sakit di ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.

· Loya atau muntah.

· Badan rasa lemah lesu.

· Berat badan menurun

· Najis menjadi hitam atau gelap dan mungkin keluar darah ketika buang air besar yang menunjukkan ulser sudah menyebabkan pendarahan.


Gastrik bukan alasan tidak puasa

( dengar tuhh!!)
.

GASTRIK tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa meskipun ramai yang berang

gapan tidak makan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan asid di dalam perut bertindak balas menyebabkan perut sakit.


Tapi sebenarnya, jika kita memahami sebenarnya apa itu gastrik, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa. Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad berkata, gastrik atau peptik ulcer disease (PUD) adalah penyakit yang disebabkan oleh berlakunya lebihan rembesan asid hydroklorik di dalam perut atau
hyperacidity yang seterusnya menyebabkan iritasi dan luka di dalam perut.

Begitupun , dari kajian yang dilakukan tidak pula menunjukkan ketika berpuasa rembesan asid hydroklorik ini bertambah malah didapati puasa boleh mengurangkan rembesan asid ini oleh itu pesakit gastrik berupaya untuk berpuasa.( thanks ALLAH for this thing..)


Seelok-eloknya pesakit gastrik perlu menjalani ujian seperti ujian Endoskopi dan doktor akan dapat menentukan keseriusan tahap gastrik mereka. Mereka juga perlu memastikan dapat rawatan yang sempurna untuk penyakit gastrik itu.


Pada masa kini banyak ubat-ubatan yang boleh didapati seperti kumpulan ubat-ubatan H2 antagonist seperti Zantac, tagamet serta ubat PROTON PUMP inhibitors seperti Nexium, Pariet dan sebagainya yang boleh menyembuhkan pesakit ini. Pesakit perlu mengambil rawatan ini ketika berpuasa.


Begitupun, jika pesakit yang masih berasa sakit di bahagian ulu hati, muntah dan membuang air besar dengan najis berwarna hitam dan sangat busuk walaupun sudah mengambil ubat-ubatan, mereka perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Keadaan ini menunjukkan keadaan peptik ulcer mereka menjadi lebih teruk dan mungkin mengalami pendarahan atau perfosi.


Selain menjalani rawatan perubatan dan mematuhi nasihat doktor, pesakit itu sendiri sebenarnya harus mengambil langkah berjaga-jaga, Antaranya, ketika berbuka mungkin mereka boleh mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi berulang-ulang, lewatkan bersahur, elakkan dari memakan makanan yang pedas dan berempah kerana ini mungkin menerukkan penyakit mereka, elakkan dari meminum minuman berkarbonat atau kandungan kaffine yang tinggi dan sebaik-baiknya berhenti merokok,” katanya.


Tip sepanjang bulan puasa :

a. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastritis tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan

b. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur

c. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati

d. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur

e. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman

f. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya

g. Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak

h. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini

i. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong

j. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan. ( saya akan cuba!!! anda juga..)




"The month of Ramadan in which was revealed the Qur'an, a guidance for mankind, and clear proofs of the guidance, and the Criterion (of right and wrong). And whosoever of you is present, let him fast the month, and whosoever of you is sick or on a journey, (let him fast the same) number of other days. Allah desireth for you ease; He desireth not hardship for you; and (He desireth) that ye should complete the period, and that ye should magnify Allah for having guided you, and that peradventure ye may be thankful".(Al-Baqarah-185)

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur".(Al-Baqarah-185)

*********

selamat menempuh bulan yang mulia ini yea kawan-kawan Muslimku....