Friday

"Secantik wanita"....

Alhamdulillah..sudah selesai pun program Segalanya Tentang Wanita..

pada aena memang menarik..ada pameran tentang tokoh2 wanita daripada Islam, Buddha dan Hindu..Some got their pros and cons..make me think for a while...hmm..

Dan pada malam 23,7 forum pun berlangsung...waaa... nice experience of being a master of ceremony that night,ngan kak syafa sekali..
And i've recited a brief poem from Andrea..berselang seli dengan sajak Melayu deklamasi oleh Kak Syafa.. and i love that moment.. masa tu lampu semua tutup,gelap.ade la beberapa muslimah yang pegang lilin kat sepanjang red carpet. and masa tu jugak VIP ,panel forum tengah masuk dewan...
Sajak,poem gave a good intuition to my mind, perhaps the audience too...(thanks a lot kat kawan2 and pihak yang cakap kami perform good last night...alhamdulillah..)


*kami pada malam tu..*


oh yaa..panel2 malam tu adalah YB Senator Hjh Mumtaz bt Mohd Nawi,Ahli Dewan Negara, DR Hafidzah bt Mustakim, Ahli Lembaga Pengarah Raudatus Sakinah Negeri kelantan dan saudara Dzulkhari bn mohd Noor, Presiden Gabungan mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS) ..


What thing i wanna share is that the word 'wanita cantik" yg panel2 semalam kupas.. They said, cantik wanita bukan nya di luaran,tetapi tersimpan di dalaman. Perempuan yg baik,solehah dan mentaati suruhan Allah swt,bijak serta daripada keturunan baik-baik..


Jadi, saya berfikir, definisi perempuan 'cantik' pada masa kini dan juga sebelum ini memang telah disalahertikan..
yang punya susuk tubuh langsing menggoda,kulit putih mulus,rambut mengurai keperang-perangan dan kemerahan, bibir merah jambu adalah digembar-gemburkan sebagai kriteria gadis yang cantik dan miliki sifat sempurna. Apa yang menyedihkan pihak daripada kaum adam sendiri menjustifikasikan hal ini sebagai syarat untuk miliki jodoh mereka..(tak semua, cuma yg buta pada agama,,perhaps...wallahualam) dan yang paling dahsyat sekali apabila paras rupa diletakkan sebagai syarat untuk mendapatkan kerja. Kononya, senang dapat pancing clien, nak luaskan pasaran and banyak untung boleh dapat maaa....WAhhh ok kah macam tu?????Sungguhpun begitu, sepatutnya mereka melindungkan semua itu,untuk tatapan suami..

Saya memang perempuan yang punya banyak kelemahan,selalunya tersasar dari landasanNYA,, namun saya cuba untuk mencari dan menjadi wanita yang cantik pada pandangan ilahi..Sungguh hati sejuk melihat muslimah bertudung litup,tampak ayu dan segar walaupun tanpa secalit solekan..contohnya,teman2 di USMkk ini..


Renungan Hadith :

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang
tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
(riwayat Muslim)



Huraian
  • Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami.
  • Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya.
Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya:
"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34).
  • Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami.
  • Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis.
  • Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga.
  • Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.
    (Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami’ as-Saghir 3299, Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838, jabatan Kemajua
    n Islam Malaysia)


so to all gadis/girls kat luar sana, jangan takut kalau kita pakai tudung orang cakap :


"macam mak cik la you ni..."


"datang dari kampung ke??"


“tak de class langsung!!!”


"nak jadi ustazah le tu..!"


"ala, pakai tudung tak semestinya baik,lebih baik macam aku ni, FREE HAIR..”


“perggh kolot betul minah ni. Kalau nak laku awal, modern aa sikit.pakai ketat2 laa”


“Ala tak pe..pakai macam Dato Siti pun dah ok.tutup gak kan..”


“Ko ni muda lagi,pakai tudung,Nampak TUA laa..malu aku”


“you nak mintak kerja,ada syarat. Bukak tudung boleh??”


*biarkan apa orang kata, Tuhan bisa membalasnya...


Justeru janganlah kita manusia,hamba ALLAH swt yang lemah., menilai wanita daripada luarannya semata-mata , kerana hanya ALLAH swt yang layak menyatakan nilai kalimah 'cantik'nya seorang wanita,,,,.....