Wednesday

Kepandangannya..

Poem3


Kejap lenggokkan sayapnya

Terkodek ke kiri,ke kanan

Tercari-cari sifat hakiki

Naluri sebuah kehidupan

Bagi mengisi kantung kekenyangan

Apa yang kau pandang-pandang?

Apa dilihat-lihat oleh kau?

Walau sepahan hidupnya telah disalah erti

Pedulikah dia tentang itu

Apa status lain untuk hakiminya

Lumrah alami baginya

Berdiri, bercanggung, berbuntangan

Tiada salah dalam kamus keramatnya

Tatkala itu

Lain-lain jangan menunding lagi

Biarkan.. sebiar-biar yang terbiar..

Dia terlayah atas hormatnya

Bukan kita, ataupun kau semboyan layaknya

Dia… Ada tuhannya….

Tuhan..Maha Kuasa…

Maha Agung

Itu noktah akhirnya

Usah kau sibuk-sibuk lagi

*modified on 4/01/2007