Tuesday

Jahit ohh jahit~~



Semalam mak Aena adalah suruh jahitkan satu baju yg dah 'ternoda' di bahagian ketiak lengan tuh..
tapi milik siapa baju tu dirahsiakan..hehe yg pasti itu baju kurung..
Sayang baju cantik tapi ada lubang lak..So, as inisiatif Aena pun memulakan langkah dengan mengambil semua barang2 yg diperlukan untuk membaik pulih..
...tapi kan kawan2...cam lupa2 lah nak buat jahitan macam mana...Aena ingat jahitan jelujur,kia,insang pari tu je,,...aihhh..tu pun masa belaja Kemahiran Hidup ERT dulu..gugu~

Anyway kat sini Aena ade include beberapa maklumat serta info pasal Jahitan..tapi basic2 je laa...
Handmade je..xyah guna mesin Singer mahal2 pun...
SElamat BeLAjar~~


Jahitan:: boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti berikut:



Jahitan Sementara Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda
Jahitan Penyambung Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.
Jahitan Pengemas Sembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah
Jahitan Sulaman Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah

Apa tu Jahitan sementara??
Jahitan yg tak kekal lah,nama pun sementara..hehe..maksudnya lg, ia akan ditanggalkan selepas mata jahitan kekal digunakan..
Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka...
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda.
Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus

ni dia....


Apa pula Jahitan Penyambung??

Mudah je,konsepnya nak sambung 2 atau lebih kepingan kain.
mestilah dijahit dengan kuat an kukuh (verY the strong yea kawan2!!!!hihii)
Benang pun mestilah padan warna dengan kain yg hendak dijahit..Kalu lain warna nanti org ingat baju cap ayam lak..

inilah jahitan kia (sejenis jahitan Penyambung..)

Nak tengok Aena punya kia tak???
..jeng..Jeng..Jeng!!!


mula-mula..


sediakan bahan-bahan...tadaaa!!!


dah pun siap....



kerja pun dah selesai Aena pun bole pergi makan selepas tu..hihiii
untuk Jahitan pengemas &Hiasan nanti saya Update Lain yea....