Saturday

Fast Food= Kau khianati Cintaku padamu selama ini!!!!

Assalamualaykum n Hii to all friends!!!!

Quiz : Can you recognize what are they???





Answer : huu tak perlu jawab lah..primary student pun boleh jawab....kan..

*Emmm..sorry lah dalam blog Aena tak ada hal2 pasal cinta2,skandal2, gosip2 liar (wahh..) semua..buang masa aja kan.. Let us look forward towards critical mind thinking on Public Issues, Social Issues, with a bit view from Islam..Bukan apa,i hope that teenagers or youngsters that found my blog, at least, you got something to think what things are happened around you..

*Well now, dah habis intro, actually Aena nak kongsi tentang beberapa maklumat dan fakta yang boleh mendedahkan(cheewahh..) beberapa lah impak2 makanan produk dari atas tuh sebab hari tu dah janji dalam post Budu .. tapi motif kali ini nak ceritakan kat kawan2 tentang kandungan garam dalam makanan segera..kita nak tengok baik sangat kah mereka ni ye???

  • Garam (salt)terdiri daripada natrium(ion Na+) (40%) dan klorida(ion Cl-)(60%).
  • tubuh kita memerlukan garam untuk melaksanakan fungsinya dan berperanan penting dalam aktiviti metabolisme dalam tubuh.
  • Kalau tak cukup garam, saraf tak dapat menjalankan tugas kerana ion Na+ adalah elemen yang amat diperlukan, seterusnya boleh menyebabkan otak tidak berfungsi,lemah dan makanan akan melepasi usus tanpa diserap dengan sebaiknya ke dalam darah.
  • Natrium adalah komponen utama cecair yang mengelilingi sel ke dalam tubuh. ia membantu mengangkut zat makanan ke sel2 itu.
  • then...natrium juga mengawasi fungsi tubuh yang lain seperti Tekanan darah dan isipadu cecair. Selain bertindak ke atas lapisan salur darah untuk memastikan imbangan tekanan berada di paras yang normal.
  • Terlalu sedikit garam pula boleh menyebabkan tekanan darah rendah-(yg boleh menyebabkan kita pening lalat jika bangun dengan cepat), dan kekejangan otot.
So,, berapakah kadar Natrium yang mencukupi??????
tadaa....
Kajian yang bertahun2 mendpati manusia telah menyesuaikan diri dan kekal berkeadaan sihat apabila mengambil natrium 200 mg atau kurang.. Ini hanyalah 1/10 sudu kecil garam. Hakikatnya, dipercayai dewasa yang sihat boleh mengekalkan imbangan natrium setiap hari serendah 0.07-0.5 g (70-500 mg).

Saranan pengambilan natrium ialah tidak seharusnya melebihi 2400 mg atau satu sudu kecil garam menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),Akademi Sains Kebangsaan, Institut kesihatan Kebangsaan dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan(semuanya di Amerika Syarikat),kerajaan UK menerusi UK COMA Cardiovascular Review Group), Yayasan jantung British dan Persatuan Diabetik British dan lain2..

Next....Jom tahu natrium yang tersembunyi dalam makanan yang diproses yang hanyalah bertujuan sebagai bahan pengawet, untuk pemprosesan daging,bahan perisa yang tak asli..huahua.. .
Penyelidik CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) menunjukkan lebih 40 bahan penambah natrium digunakan dalam makanan yang diproses. Only few of them are showing here :
  • Disodium EDTA (Ethylene Diamine Tetracetic Acid)-Sequesterant.banyak dalam marjerin,sayuran dan buahan yg diproses dan minuman ringan.
  • MSG ( MONOSODIUM GLUTAMATE) penambah perisa yang banyak dalam makanan yang dibungkus ,ditinkan, dan dibekukan. tujuannya juga untuk tambahkan kelazatan makanan.(kat restoran2 memang banyak ooo kawan2..serious cakap!!)
  • SODIUM ASCORBATE - iaitu vitamin C(antioksida). Digunakan dalam daging cincang dan makanan lain untuk mecegah daripada menjadi busuk, mengawet daging..huhu
  • SODIUM ERYTHORBATE - antipengoksida, dalam produk daging- Hotdog,daging yang diawet,daging ayam,itik, dan makanan untuk dibakar.
  • SODIUM GUANYLATE - Penambah perisa dalam Mi segera, bubur dan sup segera.
Mesti kawan2 nak tau kan berapakah kandungan natrium dalam makanan-makanan yang popular di atas tadi kan??? antara yg didapati daripada sumber CAP.
  • Ayam berempah KFC - 2590 mg natrium, 1.08x pengambilan yg dibenarkan
  • Kentang Goreng KFC - 2580 mg natrium.


  • Big Mac McDonald's- 1120 mg natrium, 0.47x pengambilan yg dibenarkan.
  • Bubur Ayam McDonald's- 1110 mg natrium, 0.46x pengambilan yg dibenarkan.
  • Pan Pizza-Pizza Hut- 1220 mg, 0.51x
  • Resipi ayam Original KFC(3 ketul) - 1460 mg, 0.61x
justeru... macam mana pulak kalau makan garam terlebih ni?? boleh pendekkan usia kah???

Pada zaman 2500 BC, tabib2 china telah memberi amaran kepada pesakit,jika masukkan terlalu banyak garam ke dalam makanan, "nadi" akan mengeras. Perkaitan antara garam dan tekanan darah tinggi telahpun diperhatikan sejak lebih 4000 tahun lalu..
Hence...kawan2 mesti nak tau kan apakah signifikasi daripada berlebihan penggunaan garam kan??? Apa2 pun nanti saya update satu persatu tentang kesan-kesannya yang boleh mengakibatkan Hipertension, serangan jantung, strok,retensi air(water retention) dan osteoporosis...
So Menarik... Maka fikirlah dahulu sebelum melangkah ke kedai2 fast food yang sedemikian.. Wallahu'alam...